My 2nd Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Friday, August 16, 2013

Update : 2 malam di Hospital Likas

Tepat jam 9:15 malam, aku & husband gerak dari 1B ke Hospital Likas. Kiranya serah diri, lagipun pergerakan baby tidak sampai 10 tendangan. 

Jam 9:30 malam, register dalam Bilik Penilaian. Bagi buku klinik, bagi Ic, check air kencing, check berat. Silap habis aku masa tu, makan sedap sedap & bila cek air kencing tinggi pula kandungan gula. Terus dicucuk jarum tambah air. Sedappppp!! Staf nurse suruh tukar baju kaler pink my most fav colour gitu. Nurse tu suruh cepat2, masalahnya orang baru mau rasa dlm zon selesa. Yalah, tengok sekeliling katil, dgr CGT katil sebelah yg kuat amatnyo! Lepas tukar baju, disuruh baring tp tak baring baring juga sbb doc muda tu asyik tanya soalan soalan cepumas. Nurse pun naik fed up, adoiyaipun. Masa perut ni diletak monitor CGT & Heartbeat baby, doc muda tu masukkan air di tgn, mati2 kupikir ada air yg mengalir rupanya darahku. YaAllah. Sandik banar. Tp takpo, sabar, tabahkan hati. Lepas dimonitor dalam setengah jam, doc ckp "Em puan kena admit malam ni juga, so boleh bgtau husband". Dan tidak lama selepas tu, dibawa masuk dlm bilik scan, rupanya di-VE. Fungsi VE ni untuk cek berapa CM sudah laluan rahim. Doc pakar cina tu cakap "ok Puan, dah 2cm but too tight" Kira masih ketat lagilah. So lepas di VE, jumpa husband sementara tunggu katil kosong. Bolehlah sempat borak dlm 30minit, yolah.. husband x boleh ikut bermalam, jgn nak mimpi mcm private nok. 

Lepas dpt katil kosong, biarpun dekat koridor jak, syukurlah boleh tidur. Daripada tidur tepi kerusi kan. Hihi. Masa lepas husband letak barang, airmataku mencurah curah, nurse pula ramai, dah tidak kisah. Sedih sedih! Dah dapat katil, x dapatlah pula tidur sampai esok paginya. Lagi sedih sedih. 


Kaunter Bilik Penilaian.





Tengok betapa meranonye saye dgn darah yg mengalir penuh kemerahan. Sabar sabar :( 

Ok guys, kita sambung lagi dalam part II yah? Cau cin cau!