My 2nd Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Friday, December 20, 2013

The Hobbit : The Desolation of Smaug


 

Shout out for these movie! Even, ending yg gantung. You guys have to watchingggg yah! Pekena treating our quality time together kunun, so movie time lah. Esok pagi kelas jam 8:30 am. Ok guys~ Gd night. Bye..

Thursday, December 19, 2013

Kelas ELC120

Assalam. Hollaaaaaa!

Hari ini ambik cuti. Applause to myself. Ceh cuti kunu tapi hasben ai busy dgn kerja. Sedih. Bagi menghabiskan masa cuti ku yg semakin kering, husband and i ke Eatons beli barang2 sekolah. Astaga punya excited. Since i tapernah ke IPTs, beli stationery adalah kelemahan ku. Konok.

Hampir sejam dalam Eatons, bajet ku cuma RM50 seja. Jimat tak jimat? Macam2 aku beli, yg paling aku suka ialah dictionery. Hah paling penting, termasuk calculator. Tapi sandiknya cashier tu ndak kira sekali ah calculator aku tu, bangang. Terpaksa aku mencari lagi esok ni. Haha ada juga alasan pegi stationeries. Lucuk.



        



















ohmygod ohmygod! Finally i found my most fav sneakers! Thanks to husb tolong pilih. Ingat mau angkat sudah Jack Purcell oldschool. Seriusssssss awesome habis! Mmg dae-bak lah, cuma isi dompetku tidak mengizinkan haha. Sling bag & pencil case tu by F.O.S, muraaaah sebab ada sale. Masa ai tgh packing2 bag tadi, ketawanya bah kunuk sebab dia blgnya mcm kanak2 mo pegi sekolah. Aikkkk...mengolok banar tau.

Oya, kelas pertama ku di UiTM ialah kelas ELC120 iaitu Integrated Language Skills : Listening. Nah haruslah excited kan? Wish me luck guys. 

Ok. sekian coretan ku pada petang ini. Amigos, Assalam. Bye!!


Wednesday, December 18, 2013

Gift from China

Assalam.

Short update again. 

Rabu. Esok aku ambik cuti. Sebab?
Alif's first registeration Taska UMS as infants group. 
Pagi tadi, boss Sivil & Structure a.k.a Boss si Lidya baru saja balik dari vacation di China.
As usual, staff admin selalu lah kunuk mengharapkan gift.
So, here is MINE! aku nampak shock pink! aku grab terus, yg lain semua ndak puas hati. haha
Apa boleh buat, kamu lambat. Chopstick yg ada sarung. Naissss right!


          

Yang ni pula, aku sibuk gambar gift aku, yang lain sebokkkkk juga mau join ambik gambar.
Yg lain semua bida bida! Hahahahaha..


Krik krik krikk...
Ratu kemho! Sambil tunggu husband investigate elektrik di makmal biotek di IPB after ofc hour, sempat lagggiiiiii...
tomeeeey taaaak kak ton?

Ok baaaaaaaaaaaaaaaiii !!

Monday, December 16, 2013

Short updates

HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY?

Assalam, hari ni mau update singkat dan sesimple yang boleh. Hari ini hari ke-4 consume herbalife. Apa yg aku cuba nak sampaikan ini ialaaaaah, berat ku sudah turun 2kg. Alhamdulillah mungkin juga effect breastfeed Aliff kan, even sudah campur. Sob sob. Malam ini shake lagi, hasben buatkan sup sayur brokoli + kobis + isi ayam. 1 mangkuk habis nyom2, selepas minum sup aku terus buat shake bagi mengelak nafsu makan nasi attack daaakuuu. oh tidak.

                   

Kawan kawan! Aliff dah botak. Haha sudah macam castello. Ada muka samseng! Abg ipar hasben datang rumah pagi tadi, mmg niat untuk gondolkan aliff sudah agak lama sejak rambut aliff gugur. Hihi cumil betul kepala aliff bulat & shining2 gitu haha. 

NAH CUMIL KAN ALIFFFFF!! Maiiigaddddd!


Sejam lalu, dapat shock news. Apa shocknya itu? Biras kakak ku si Manja @ Kak Lang bagitau Alif sama2 dapat taska UMS bermula Januari 2014. Anduuuu bah. Alhamdulillah dapat juga Alif masuk even ramai yg cakap queue sangat2lah panjang dan ada yg masih KIV. Tapi semenjak dgr rumors projek Taska UMS akan diupgrade-kan ke Dewan Kuliah Pusat UMS yg agooook besar, so aku hantar jak borang Alif, masa tu aku tgh mengandungkan Aliff 7 bulan hihi. Rupanya dapat nama juga, lepas ni tidaklah jadi masalah dan bingung siapa yg mau jaga Aliff kan. Alhamdulillah.

DAN!

Sabtu ni aku dah start kelas. Huuuuuu punyalah hebaaaak eksaited aku membuak buak. Ya ampppppuuuun! Bag, pencil case & cardigan aku dah beli siap2. Esok pula shopping stationery. Part paling best! Doakan aku k?

Ok bye2! With love!


Sunday, December 15, 2013

"Royals by Lorde"

Assalam.

Title blog aku agak femes sangat sebab aku suka cun naw naw lagu tu. Very naiss & uniqlo! Haha. Hari ini hari ahad, baru ja sampai dari kampung. Exhausted to the max! Gerak dari rumah jam 5.30 pm, hebakk! Sampai rumah Pj dalam jam 7 lebih. Kemas rumah yg bersepah sepahTu. Baju hantar laundry, yepp sekali lagi sebab wash mashini under construction hahaha..Sedih weh tasampai setahun dah krik krik kan?

Ok lupakan.

Minggu ni aku dah start ber-diet secara sihat dengan Herbalife. Alhamdulillah semuanya ok without vomitting, nauseous @ morning sickness. Eh? Ke laut. Hihi. Utk program HL ni, my coach si Entong @ Zubaidah, student Kejuruteraan di UMS, kenal pun dari instagram. Aku harap dia sebab dia dekat dengan aku di opis, lagipun dia rajin followup program ni. Best bukan? InsyaAllah semua akan berjalan dengan lancar tanpa cheating ok! Gambatee! Aku pilih flavour shake Dutch Choco sebab aku ni suke coklat semenjak pregnant. Haha. Untuk campur dgn shake, aku mix dgn buah pisang, low fat milk & oat quaker. Then, blend! Nyoomyy sangat. Tapi rasa soya yg loya2 mmg ada rasa2 sikit. Hihi, lebih kurang rasa dgn ESP Soy tu. 

Untuk shake, aku shake awal pagi jam 7.30 am untuk breakfast, tapi sebelum tu aku prepare awal2 buat tea mix tu untuk bawa ke opis. Effect memang akan pipis banyak kali, haha syukurlah toilet pun dekat. Untuk lunch pula aku makan nasi tp ikut portion mickey mouse. Untuk dinner pula, shake sekali lagi. Anyone yg mau tau camana cara mickey mouse macam ni lah. Tadaaaa :D





Sementara menghadap jem teruk, u can have your shake sementara dgr Hitz.Fm. Anywhere u can shake. Seronokkkkkk bukan?





For health snack, boleh lah ambik biskut jacob yg low saturated fat. Boleh cek label packing. Taksusah punyalah. Selain biskut Jacob, boleh cuba yogurt 0% fat. Jgn ambik low fat. So, hrp2 lah HL ni bertahan dgn aku, ndak la mcm Shaklee kan, hangat2 taik manuk betul kan. Bikin pns. Lagi satu, jgn skip meal, jgn minum2 manis. Itu saje, tp boleh juga cheating dalam seminggu tu. Takpaaa, yg penting esoknya ganti balik makan makanan sihat. Ok? Cheating daaaaaay aku pulaa bila balik kampung. Haha ini sdh menjadi lumrah kalau blk kg mesti makan sedap2, seddddddddihhhhhh lemak2 aku bertambah2. Haissssh!

Bah esok kita ganti balik lemak2 yg sdh bertapa selama 2 hari ini, jom shake sekali lagi. Horey! Okaaay i dah ngantuk esok kerja lagi. Sandddddiiii bah. K bye2!

Monday, December 9, 2013

Sangkanya

Assalam.

Bertuah blog ini kerna aku semangkit (semangat) berbelog. Sangkanya.

Beberapa hari lepas, aku decide untuk berubah. Berubah apa ya? Ya berubah ke arah kesihatan dan ke-kurusan tubuh badan. Semakin hari, semakin aku rasa badan2 ini tidak sihat. Since i stopped consume Shaklee *yang disebabkan maleh & leceh ambik lechitin yg 6 tablets per day kononnya Lechitin itu boleh burn lemak, ye lah aku ni tiada masa pegi workout, zumba mahupun jogging track sebab masa pack sangat. Kata orang, makan supplement tu mesti diiringi dengan serba serbi workout kan. Ok, sambung. Since I stop consume Shaklee, bermacam2 aku survey dekat pakcek Google cara untuk kurus. Woh tasuka gemok, tasuka!! Ada cakap Royalslim produk Siti Sarah Raisuddin pakai tu, selepas delivery anak ke-2, badan dia kembali slim macam anak dara. Wah aku begitu impress sekali. Tapi, ada pernah sekali aku terbaca komen dekat IG produk tu, dia cakap "kawan aku consume produk Royalslim ni tapi berat x turun2 juga", bila aku kaji sendiri rupanya kena diet. Lepas tu, kena diet cara diet Atkins pulaaaaaaa.

Ok, aku rasa bersalah sangat2 sebab semasa saat2 akhir aku berpantang, aku ambik diet atkins. Actually, konsep tu salah. Mengapa? sebab Atkins tu konsep diet orang omputih, yg orang2 mcm di negara kita ni taksesuaaaaai langsung. Lebih2 lagi sebab Atkins ni kena diet nasi. Walhal orang kita suka sgt makan nasi, sehari tamakan nasi, ibarat setahun lamanya. Aku cuma bertahan 2 minggu jak sebab husband bising2 sbb mesti makan nasi sbb ai kan masih bf Aliff. So, makin hari makin menggunung nasi aku haha. Selepas aku stop diet atkins, nah disitulah titik noda perjalanan hidupku sebagai seorang yg KUAT MAKAN, snacking tgh malam salah satu fav aku. 1 bungkus besar chipsmore aku boleh habis dalam sekali makan. Bayangkan!

Semakin aku bf Alif dan disamping itu, kalori lemak2 ku dibakar, semakin juga aku terus melantak, berat takturun2, malahan menaik ke 1kg @ 0.5kg. Kadan2 aku bermonolog, sampai bila harus gini? sampai bila berat badan harus angka depan 6? sampai bila nak sihat? kdg2 aku give up. Then, sampai satu masa tu, aku survey2 produk ni, tapi memang semua orang tahu kebaikan produk ni kan? iaitu HERBALIFE. Mulanya, aku mmg pernah berniat untuk consume cuma kewangan ketika itu belum mengizinkan lagi. Seminggu lepas, aku duk bincang dgn husband, yg aku mau sangat ambik HL, husband just tanya apa kebaikan itu ini, zap zap tanya macam2, laki kata OK. Syukur. Laki ckp, ok lah tunggu gaji baru ambik. Tapi disebabkan tahap kesabaran ku ini cikai cikai, aku dah start order hari ini (09 Dis 13), laki pun cakap OK. Aku ambik formula shake 1 flavour Dutch Choco Shake & Tea Mix. Ok ini bukan supplement k? Misi HL adalah untuk mengubah kehidupan manusia ke arah pengurusan berat badan melalui pemakanan sihat dan terbaik di dunia. Yang bestmya, anytime & anywhere boleh shake. Tiada pantang larang makan, boleh makan nasi TAPI ingat!, harus juga makan makanan seimbang. For first experience, aku akan breakfast with shake, lunch with meal (nasi + lauk + sayur) ikut partion Mickey Mouse, dan dinner sekali lagi with shake. And, before masuk tido, boleh lah santai2 dgn Tea Mix. Fungsi Tea Mix ni ialah, burn lemak, antioksidan, cleansing disamping boleh menaikka kadar metabolisma dalam tubuh badan, detox & memberi tenaga. 



Aaaaaah aku dah penat coret sana sini, untuk resultnya ai akan update 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Kalau hari2 timbang pulak memakan diri kan. Ok guys, sampai ketemu lagi. Semoga terus sihat dan amalkan pemakanan sihat2, insyaAllah kita akan terus maju, gasssp!

Assalam! Bye.


Wednesday, December 4, 2013

Tanggal Empat Haribulan Dua Belas

Assalam!

Oh my guccccccccci, its been a longgggg time. Gaspppp!

Tetiba rasa gatai gatai jemari mau menaip. Disebabkan anakku sdg nyenyak dibuai mimpi, kena kena lagi hujan hujan sejuk.

Aku dah start kerja. Sudah 3 minggu. Muka taketat, emosi masih boleh terkawal. Dapat bos baru. Perempuan. Bujang. Kena lah happy. 

Aliff sudah berjarum 3 bulan hari tu, syukurlah tanda tanda demam tiada. Tp kena aware juga sebab Alif taboleh sembarang makan/minum ubat paracetamol sebab Alif G6PD. 

Hah talama lagi Aliff masuk 4 bulan. Alif dah boleh pegang benda2 yg kena hulur terutamanya botol susu & totot (puting bohong) comel Alif icap totot nya bah. Hihi

Lagi nak cerita, berat badanku tapandai2 turun. Bencik, since i dah stop workout, nafsu makan selalu membuak buak, ya ampun. Sekarang ni berat masih maintain... ok tapuk sikit.

Nak try Herbalife boleh?

Tuesday, September 24, 2013

Hujung minggu yang lepas

2:48 a.m

Assalamualaikum. Hehe ketemu lagi. 

Ya di subuh2 begini, seperti biasa..susah mau lelap. Asyik2 tengok Khaliffie yg sedang nyenyak dibuai mimpi. Sejam yg lalu, aku dah settle pumping. Bukan pumping otot ya, tp pumping untuk baby Khaliffie ku. 

Sabtu lepas, aku & Khaliffie join daddy ke KK..Masa tu ingat mau pulang balik but my mom suruh stay KK utk tgk2 keadaan rumah di PJ. Yolaah.. rindu amat sgt bau bilik tidur. Syukurlah tandas dah settle renovate, Alhamdulillah daddy Khaliffie dah pasang heater, so tidaklah susah2 ke hulu ke hilir bawa cerek kan dan memandangkan kami tidak menggunakan cerek @ heater karen tu sebabnya keburukan cerek ni aku selalu lupa bila masak air. Kan padah jadinya. So kami belilah heater yg auto panas tu, cepat & mudah. Ok, sebab rumah belum pasang air lagi, bro in law text husband suruh dtg rumah. Kiranya sesi lepaking sambil stay 1 malam, ahadnya balik papar cenggitu. Lagian, gue rindu banget sama ank buah kesayangan si Adel. 

Masa otw balik Papar ahad tu, kami singgah makan di 1Borneo. Hehe lagi 1, mau cari tempat makan yg sejuk2 utk kesenangan Khaliffie kononnya, tup tap cengengnya dtg lah pulak. Hehe syukurlah husband & i sabo orgnya. Hiks! Lepas makan di Nasi Lemak Antarabangsa yg orgnya takramai, so i bolehlah BF Khaliffie dengan jayanya! Senang hati i makan time tu sebab sambil BF Aliff. Lepas makan, memang fav mami & dadi masuk parkson & shopping window kids & baby area. Even last weeknya dah datang hah minggu tu dtg lagi. Hey memang fevret betullah. Husband pula tgh servay seat baby, bukan seat utk kereta tp seat utk Alif lepak2 dengan mami & dadi di ruang tamu, tidaklah dia keboringan dalam bilik kan. Klu asyik baring & dukung sampai bila "behave" nya ye tak? Haha. Dah setengah jam pusing2, kami beli 1 benda ja, iaitu... berus lidah Alif. Haha kononnya mau biasakan sekarang2 ni cuma kami tersilap beli. Benda tu besar sgt & susah utk masuk dlm mulut Alif. Kesian. Lepas byr, Aliff nangis mau nenen. So, kami cepat2lah mau balik. 

Hah x cukup lagi di Parkson, kami singgah lagi KK Times Square. Hah ibu2 luar sana kalau mau shopping brg baby.. sinilah tempatnya. Kalau mau beli baju2 bby comel, maternity & nursing dress ada dekat Mothercare, tp kalau utk keperluan baby dari Pumpbreast, feeding bottle, bed, stroller etc ada di Avenue. Price pun boleh tahan, tp taboleh lah kerap pergi sana sbbnya gov servant mcm we all ni cukup2 makan, 2 bulan sekali pun boleh shopping sana & yg penting JANGAN KEDEKUT utk keperluan baby. Kenangan terindah tu utk baby, apa saja untukmuuuuu. Hihi. So pusing punya pusing & sambil BF kan Alif ygx henti2 mau nenen, syukurlah staff Avenue semua perempuan so tidaklah janggal kan, lagipun masa tu sy pakai nursing bra & dress. So comfy & easy! Bila dah puas pusing, kami beli warmer milk & food baby yg berharga Rm100, sama harga dekat on9, memang benda ni aku mau sgt beli, finally jumpa jugak. Lagipun warmer ni boleh plug in di kereta, so anytime boleh panaskan susu dgn temperature khas. Best!! Hehe Thanks Avenue. Selain warmer, sempat lagi sisip kipas comel utk letak di stroller Aliff, harga Rm20.00.. So lepas tu kami balik kampung & jumpa moing. Hehe 

K bye2.









Sunday, September 22, 2013

Khaliffie lagi dan lagi


Assalamualaikum. 

Lately, aku rasa selalu berjaga time subuh. Beberapa minggu lepas pula tidur memang on time. Bukan juga pasal Khaliffie ni berjaga, nyenyaknya bukan main. Berjaga & merengek pun kalau mau menyusu. Ok intri kali ini saja saja, nothing special intri ya, cuma mau mengupload gambar Khaliffie tengah direct BF, disamping untuk memberi semangat kental bagi ibu2 diluar sana yg still BF baby u olls. Semalam tidur rumah my sister Manja. Saja datang melawat, lagipun terasa rindu tilam yang pernah aku & husband tido tido landing landing kononnya. Ya lah, sejak aku bujang, tunang & lepas kahwin aku tinggal sini, selepas kahwin haritu dari bulan Dec 2012 sampailah bulan Julai 2013 kami tinggal sini sementara rumah kami dlm proses pembelian & renovate. Tup tap, dah ada Khaliffie, rasa macam sesaat jak berlalu kan? Tetiba rindu pregnant. Hiks!



P/s ; Hari ini genaplah aku berpantang selama 35 hari, lagi 9 hari byebye confinement day. Tapi tidak merubah apa apa pun sebab aku x ikut sangat berpantang hihihi sebabnya keras kepala. Cuma, aku elak makan2 pedas, yg berbisa, minum sejuk (kadang2 curi minum hehe), hah kalau pakai stokin2 tu aku tapakai sebab rumah panas. Tp still pakai selipar dlm rumah. Tapi, set bersalin aku dah hampir habiskan. InsyaAllah akan sihat lah sepenuhnya. Ok guys, mo sambung tido. Jam sekarang 4:39 am. Huaaaaa!

K bye!

Monday, September 16, 2013

Supplement yang saya makan selepas bersalin

Assalamualaikum.

Hari ini entri yg bertajuk yg agak gerun sikit, di mana aku nak share supplement simple lepas bersalin yg aku amal. Ada yg kakak aku suggest, ada yg kawan suggest, ada yg my mom suggest, so far semua okay, harga berpatutan & sangat bajet ok. As a women, i think takperlu lah berkira sangat sebabnya utk kesihatan juga. X salah buang $$ ke arah yg bagus, masakan boleh beli iP5, tapi untuk kesihatan diri malas & asyik bajet susah juga kan. Heeee..


Ok yang ni Leesa Formula, jenis tablet, senang mau amal tiap hari, tidak leceh. Yg ni terdiri daripada Pati Haruan boleh menyembuhkan luka2 dalaman. Tablet Prawan pula untuk tubuh badan sihat & Krim Couture Gel untuk sapu di perut & paha, lebih bagus lepas pakai gel ni terus pakai bengkung. Hasil memang tip top, lemak kendur hilang dalam seminggu jak. Seriosly! Untuk 3 benda ni harga dalam Rm180 something. 


Hah yg ni pula, produk Bidadari untuk merapatkan mana yg patut rapat. Paham2 je lah lepas bersalin wajib kita jaga demi kepentingan & kebahagiaan rumahtangga gitu. Hah yg ni dari my mom makan, sampailah kakak2 & termasuk aku. Harga ok, 1 botol besar ni dlm RM 75, makan 2 sudu besar tiap pagi & malam sebelum tidur. 



Maixara Whitening ni pula aku saja2 ambik untuk cantikkan & memutihkan kulit. Sebab banyak kulit2 yg dah matik tu terutamanya di tumit dah beransur pulih. Harga Maixara ni Rm120, dan boleh pakai untuk 2-3bulan sebab takat sikit jak minum, sekali dalam sehari. Harap2 strechmark aku tu pun hilanglah juga dan disamping itu, aku pakai sabun & feminine wash dari produk Jamu Susuk Dara yg my sis in law perkenalkan dkt aku. Seriously JSD tu ok amat! Best!



ESP Shaklee ni lah yg aku beli untuk memekatkan air susu agar baby Alif tidur dengan nyenyak. Harga ESP ni Rm 124, Dan minum ESP ni lah baby Alif sekarang nyenyak tidur time malam. Berjaga untuk nenen jak. Oh i am so happy!


Shaping Boom Cooling ni tujuan untuk membakar lemak & selulit yg teruk. So far belum nampak kesan lagi sebab baru 3hari pakai. Beli dari FB KuNadia, harga RM 84 termasuk shipping. Bila pakai ni rasa macam lemak lemak tu terbakar, best! Lepas pakai ni biasanya aku tambahkan lagi dengan Gel Body Leesa Formula tu then baru pakai bengkung. 


Legging ni sponsor by my husband, beli dekat Cosway, harga member Rm60. Bila pakai ni sangat ketat & leceh sikit sebab bila dah berbaring utk BF Alif sangat susah sebab ketat sangat. Bengkung lagi terbaik dari legging ni, tp ni untuk kecikkan & nampakkan shape dekat paha tu.


Untuk botol susu pula, aku beli brand Avent lagipun my sist semua pakai Avent. Aku beli yg 5oz & 8oz, masa ni ada sale 20% di Little Me. So grab 2 botol terus lah. Storage milk ni pulak turun temurun waris dari kakak aku juga so jimat sikit xpayah beli2. Hehe!
Ok takat ni yg i boleh share. Byeee!!

Saturday, September 14, 2013

Latihan Pemerahan Susu Ibu

Assalam!

Lepas bergelak sakan tengok Super Spontan dan di mana anak sedang lena dibuai mimpi. Tidur sejak jam 7pm, senang kerja aku sebagai mak, haha. Boleh makan, ke tandas, kemas bilik, borak santai dgn si mami, hah senang hati. Tiba tiba pula teringat nak simpan susu lah. Daripada buang masa tengok tagalog so lagi bagus i pump susu kan. Aku start dari jam 11 something camtu, lagipun Alif tidak menyusu start dia tidur, jadi air susu banyak stok sehinggakan leaking 2-3 kali. Pasal tu juga terus cepat2 nak pumping untuk stok dihari tua, even 2oz ja tapi rasa semangat berkobar kobar disamping dorongan kakak aku juga. Setakat ni baru 2 botol, actually dah 3 botol tapi dah bagi Alif semalam, yeah bravo to my son sebab boleh EBM thru botol susu so mami dia ni tidaklah leceh pikirin anak kesayangannya camana nak susu but husband and i pun cadang hantar Alif ke nursery yg terdekat, time lunch boleh lari kejap utk BF Alif. Dah tapayah pikir pasal makan tengahari, kena pikir anak dulu barulah perut, hah yg ni hasben yg ajar. Hihi. Bagi pengalaman EBM ni, kadang2 orang fikir akan leceh, sebab kena ikut tarikh, masa & tempat penyimpanan yg betul. Aku pun masih amatur lagi, x la macam orang lain sampaikan berbotol2 & sanggup beli freezer utk EBM, hah syukurlah diberi rezeki susu yg banyak kan. Tapayah rasa leceh bagai sebab kita sebagai ibu ni kena enjoykan diri while pumping tu, sebabnya kita buat demi anak, penuh kasih sayang teramat sangat dan lebih2 lagi yang bekerja mcm aku ni yg kena gerak dari rumah jam 7:30 am & sampai rumah jam 5:30 pm. Itupun kalau cadangan nurseri Alif dekat, kalau jauh kah @ kena hantar ke rumah neneknya yg jauh most 1hour, merana den pikir susu apa mau bagi sepanjang aku di office. 

Apa2 pun, teruskan usaha. Pembelajaran masih diteruskan dan semoga membuahkan hasil. Dan, majulah susu ibu untuk anak anak yg tersayang. Hey Gambatee!!


Untuk power-pumping i pakai dari Brand Pigeon, yg ni pakai elektrik but still kena pump secara manual. Tapi utk kesenangan diri & untuk cepat, aku dah beli breast pump Brand Rumble Tuff yg duo style. Best bukan? Pump ni berharga Rm 260 dimana sy nampak berjual di instagram. So i grab & booked. 



Latihan pertama cuma 1oz, dan kedua tepat2 2oz then i rest & masukkan ke dalam freezer. Harap2 rezeki air susu bertambah dari hari ke hari, InsyaAllah.

Doakan ya? Ok, assalamualaikum & happy good night!

Thursday, September 12, 2013

Baby Alif full-month

Assalamualaikum!

Pagi ni mood Alif bagus, tidak cengeng. Dari semalam x nangis2, rasanya balas balik 2 hari lepas asyik x tidur lena. Mentang mentang ada daddy arr. Hmm..

Kelmarin dulu, at last sy order juga ESP Shaklee from my friend si Malai Sairul. Bila dah discuss & decide with my husband so belilah. Untuk kepentingan Alif juga since aku nak buat latihan power-pumping. So far ada malas malas sikit haha, tp kena cekalkan hati juga. Ada sebulan lebih lagi kerja, haish rasa kejap ja kan, tulaaaaaa gatal hati betul mau cuti awal before due, hahhh sekarang menyesal & menangis takberlaguuuu. Ok ini untuk siapa yg boleh ambil ESP & antara kebaikan ESP Shaklee..


1. Ibu-ibu yang sibuk: 
- ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: 
- Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak: 
- Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.


Hah best kan best! Part paling best tu boleh memperbanyakkan  air susu, insyaAllah dengan izin Allah ya. Semoga Alif kenyang & sihat bila breastfeed mami. Moga jadi anak yg soleh, beriman, hormat org tua & jadi anak yg pintar ya. Hmm bila hitung hitung hari ni, rasa x sabar pulak tunggu baby Alif masuk sebulan. Apatah lagi sampai 3-5 bulan, x sabar mau tunggu Alif ketawa besar2. Yeah boleh godel godel Alif sampai pengsan. Kekeke! So lets counting the days! Tinggal 4 hari lagi. Happy full-month in advance sayanggg! Mami & dady sayang Alif banyak2! Mmmuah.




Kenangan gambar Alif bersama moing yg cantiqqq! Hehe. Nah sayang moing banyak2 & terima kasih sebab selalu mandikan Alif, tolong jaga Alif & i love u moing ;)

Tuesday, September 10, 2013

Power-pumping & milk-booster?

Assalam.

Semenjak jadi mommy, jam & masa jadi sahabat karib. Bila baby Alif bangun & nenen, mesti cepat cepat tengok jam. Sebab jadual nenen Alif mesti dijaga sebab kadang2 Alif kuat tidur. Mau dikacau baru bangun & paksa nenen. Kesian. Tapi bila sudah time dia mau bangun & nenen nah disitulah kesabaran seorang ibu meluap luap. Kesian tgk daddy Alif yg kena berjaga sbb mau tgk Alif nenen. Hehe. Pernah 1 malam tu, aku sangat sangat mengantuk & Alif tidak berenti merengek mau nenen, tp bila disurung nenen, ditolak tolaknya. Terus emosi terganggu & daddy alif pula marah maminya. Tidak bagus begitu sama anak, kalau mau kasi nenen biar niat ikhlas. Nah maksudnya dalam tu, jangan dipikir dulu tidur tu, pikir dulu lapar si baby. Haha betul la ba juga kan. Sandik bah maminya ni, tapi time tu ja.. Selepas malam tu mami alif insaf & semakin bersemangat bangun tidur even Alif bangun tiap tiap 1 jam sebab... niat maminya yg ikhlas ni mau breastfeed & pasal tu la baby Alif kenyang & tidurnya pun lena & nyenyak.

And now, usia Alif sudah pun 23 hari, lagi 1 minggu alif full-month. Pipi pun dah bambam yeah berkat susu ibu secara eksklusif & sekali sekala kena susu formula sebab moing di kampung suruh. So kena ikut ja lah. Tp itupun bagi 2oz jak masa subuh, biasanya setengah oz ja habis. Kadang2 boleh sampai 3oz. Ikutkan hati memang takmo bagi susu formula & memang mau kasi BF fulltime tapi bila sy pumping susu, 1oz ja dapat. Sedih. So plan nak ambik milk-booster vitamin Shaklee. Disebabkan ianya Alfalfa & my bby ni enzim G6PD so cancel serta merta lah jawabnya. It's ok, pasti ada hikmah disebaliknya. Allah kan ada. Kak ngah cakap kena usaha lebih tp tidak sampai pun 3 min pumping susu dah give up. Huhu camana ni? tambah lah i sedih teramat sangat. Cuti tinggal 1 bulan setengah lagi, Awal bulan Nov dah kena kerja, tp stok air susu belum start2 lagi. Hm ok ok, jgn fikir sgt, jgn stress sgt, biar hati kasi happy.. Nanti kita fikirkan cara macamana & i dah pun order ESP Shaklee. Salah 1 benefit ESP Shaklee ni ialah energy booster & memekatkan air susu ibu. One of my friends yg kerja di Umtp UMS si Malai Sairul tiba2 whatsApp, rupanya dia agent Shaklee. Harga ok, boleh dapat harga member. 1 botol ESP Shaklee tu boleh dapat RM124. Murah kan? Kalau beli on9 mungkin beza dalam Rm6-Rm10 macam tu, ok lah kan? 

Ok semua.. Semuga berjumpa lagi dilain entri. Esok nak jumpa hasben sebab katanya rindu baby Alif, yg maminya takpenah rindu rindu lagi huhuhu. Ok bye!



Thursday, September 5, 2013

Breastfeeding Mummy

01:54 AM

Assalamualaikum!

Pada saat ini, sedang asyik nonton tv sementara anak sedang tido. Tiba tiba perut rasa lapar teramat sangat. Ya, since breastfeed kan Alif memang cepat haus & lapar. Syukurlah sebelum hasben balik KK, dah stok minuman 3 in 1, kalau tidak terpaksalah membedal cofee mix di rumah ni. Sejak menjak ni rasa biol & sengal dgn diri sendiri sebab bila anak tidur, aku pula takmo tidur, tp bila anak bangun baru sebok sebok mau tidur. Nda ka menyusahkan diri tu, sudah tu pandai mau marah2 emosi segala. Poyo. 

Tapi tapi tapi, bila Alif mau membesar, kuat sgt nenen. Pandai ter-mindset sendiri air susu takcukup. YaAllah! Orang cakap jgn negatif, harus pikir positif bahawanya air susu itu ada. Bukan tiada cuma rasa takcukup ja untuk Alif. Sebabnya kesian dgn Alif rengek rengek, sudah nenen 1 jam pastu tido, pastu mengeliat, pastu cari nenen balik. So, fikir punya fikir, niat dihati mau sangat cuba Shaklee ESP tu. Dah bincang dgn hasben so tunggulah bila dia balik ke kampung. Hasben cakap ok, sebab kesian Alif rasa tidak puas kan, kelaparan pula nanti. 
Moing Alif cakap sekarang Alif besar besar sudah, Daddy Alif pula cakap Alif gendut. Andu ba anakku dibuli buli. Tapi betullah, nampak sudah perbezaan muka since Alif lahir & sekarang. Lagi banyak senyum sendiri & kadang kadang pandai ketawa sudah, padahal belum masuk 1 bulan lagi bah. Doi nakkk nakk! Hm, 1 more thing, hasben & i plan takmo biasakan Alif berayun, tp my mom yg mau sangat so akur dgn mengikut perintah tp dgn keras kepala aku ni pandai pandai keluarkan Alif dari ayunan. Tp bila si mami nampak ok seja tu, alasan tu mau kasi BF c Alif. Haha! So hari ni Alif tidak berayun, tidur atas tilam jak & yg penting BF Alif dgn posisi baring. Susah memang susah & pandai fed up sendiri sebab mulut Alif susah mau cari nipple, lepastu nangis2 mcm didera nasiblah pintu bilik bertutup kalau tidak, habis sudah anak beranak dicuci oleh mem besar haha. Tapi kena sabar juga, pujuk Alif, lepastu tolong lah si Alif dekatkan mulut & nipple I.. Jadi BF Mom mmg kena banyak sabar, lebih2 lagi bangun subuh & taktido2 sampai paginya. Tp kena rehatkan diri juga, so take time lah tengahari curi masa tidur. Hehe. 

And now, hobi dimasa lapang bila anak tengah kuai kuai sambil buat muka comel comel, sukalah ambil gambar. Well, rasanya semua ibu ibu diluar sana mmg itu salah satu hobi pun kan. I think one day mau cuci gambar2 Alif untuk kenangan dimasa depan. Konon hehe! So mari kita tengok gambar2 Alif yg serba cute itu! Sayanggggg Alif XoXo!










Ok unty unty.. Alif sayang u oll. Haha bye byee!!!

Friday, August 30, 2013

Baby Alif 2 minggu

Assalamualaikum

Hari ini terpanggil untuk menulis intri lagi. Even sibuk urus anak, tidur tak cukop, tp makan cukop sebab hasben yg sediakan. Pakaian dah siap cuci, thanks to husband. Hehe!

Esok Baby Alif dah masuk 2 weeks. Yeah cepatny my son membesar. Berat almost 3.4kg, god! Mami sekarang dah rasa cramp gila tangan kalau mengangkat, belum biasa lagi. InsyaAllah boleh. Jaundis Baby Alif pula makin surut, harini off day dtg klinik sbb bagi baby rehat. Besok hasben suruh datang lagi, hampir seluruh jiwa raga aku merayu takmo datang makmal ambil darah tp untuk kesihatan jangka masa baby aku akur & redha segalanya. Hopefully, esok turun lagi lah. Yg penting breastfeed full & jaga makan. Semalam hasben geram dalam diam sebab aku curi2 makan sayap ayam, katanya fikir anak dulu baru fikir makan tu. adoi. Rupanya geram, patutlah diam terus. Haha
















Hah inilah antara koleksi gambar terbaru baby Alif. Ok byebye kawan2!