My 2nd Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Friday, August 30, 2013

Baby Alif 2 minggu

Assalamualaikum

Hari ini terpanggil untuk menulis intri lagi. Even sibuk urus anak, tidur tak cukop, tp makan cukop sebab hasben yg sediakan. Pakaian dah siap cuci, thanks to husband. Hehe!

Esok Baby Alif dah masuk 2 weeks. Yeah cepatny my son membesar. Berat almost 3.4kg, god! Mami sekarang dah rasa cramp gila tangan kalau mengangkat, belum biasa lagi. InsyaAllah boleh. Jaundis Baby Alif pula makin surut, harini off day dtg klinik sbb bagi baby rehat. Besok hasben suruh datang lagi, hampir seluruh jiwa raga aku merayu takmo datang makmal ambil darah tp untuk kesihatan jangka masa baby aku akur & redha segalanya. Hopefully, esok turun lagi lah. Yg penting breastfeed full & jaga makan. Semalam hasben geram dalam diam sebab aku curi2 makan sayap ayam, katanya fikir anak dulu baru fikir makan tu. adoi. Rupanya geram, patutlah diam terus. Haha
















Hah inilah antara koleksi gambar terbaru baby Alif. Ok byebye kawan2!

Tuesday, August 20, 2013

Muhammad Khaliffie Umar B. Surman Shah

Syukran Alhamdulillah. Aku selamat melahirkan bayi yg selama ini ditunggu tunggu kelahirannya.

Tanggal 14hb mengikut intri lepas di mana aku telah di admit selama beberapa malam untuk dipantau perkembangan baby sebab daku merasakan baby kurang pergerakan. Rupanya aku telah overdue. Tanggal 17Ogos pula aku telah dimasukkan ke Labour Room, bukaan aku masa tu dah masuk 3cm & doktor pakar telah pecahkan air ketuban. Masa tu rasa tidak selesa sangat, rasa macam air kencing panas panas yg eee nak mandi nak mandi. Bila dapat tau nama telah dibooking utk masuk LR, sempat juga hasben tapaukan nasi goreng ayam & syukur ada juga tenaga untuk teran banyak2.
Aku masuk LR tepat jam 11:30am, masa disorong oleh nurse sempat lagi hasben buat lawak & ketawa2. Haha. Masuk dalam Dewan Bersalin konfem hati berdebar, gelabah, takut, syukur, semua bercampur baur. Selama beberapa jam di sana, tidak pasti berapa kali telah di VE, untunglah dah mindset awal bila tiba masa bersalin VE akan dibuat sekerap yg mungkin. Bila masuk jam 3:30pm, bukaan tetap 3cm, so doctor ada suggest boleh ambil painkiller bila dah induce nanti. Aku cakap xpayah lah, haha masa tu kan rasa sakit di-induce xtau lagi. Nah tiwas ba si kawan. Bila bukaan x buka buka lagi, dorang masukkan air untuk hidrasi & induce. Dalam masa 1 jam terasa sakit induce tu, makin lama makin teruk. Setiap 5minit diserang habis habis. Masa tu Allah ja tau betapa sakitnya semua tu. Masa tu mmg banyak dalam fikiran menjadi jadi. Rasa insaf, taubat nasuha semuanyalah. Sumpah YaAllah. Masuk painkiller kali ke-2 sbb sebelum tu aku minta epidural. Time tu lantaklah risk tinggi ka apa ka yg penting aku mau sakit tu hilang. Tp time tu x boleh epidural sebabnya.. em aku lupa, rasanya sebab bukaan dah 4cm. Lagipun dah masuk painkiller. 

Masuk jam 9:30 pm, datang beberapa midwife, doc cek VE (yes, again), dia kata susah betul lah even bukaan almost 8cm. So, midwife sorang tu ambil alih & cek VE lg, dia cakap "boleh sudah ni".. jd dorang teruskan, pasang spotlight, ambik kain, pasang kekude aku, pastu aku ckp "aku mau berak".. so dorang ckp "ok good mama, boleh teran dengan 1 nafas tanpa angkat punggung". Lepas beberapa minit (setengah jam juga) berjuang, tepat 10:05pm Alhamdulillah anak pertama ku lahir dengan tangisan yg kuat. Masa tu aku nangis sekuat hati rasa bersyukur & insaf dengan segala galanya. Bila baby Alif diletak atas dada lagilah rasa bersyukur sangat sangat. Baby yg selama ni aktif dlm rahim ternyata ada depan mata. Syukur ya Allah syukur ya Allah.

Dan...... kisah masuk wad selepas bersalin pula akan disambung di intri akan datang. 

Assalamualaikum. 









Friday, August 16, 2013

Update : 2 malam di Hospital Likas

Tepat jam 9:15 malam, aku & husband gerak dari 1B ke Hospital Likas. Kiranya serah diri, lagipun pergerakan baby tidak sampai 10 tendangan. 

Jam 9:30 malam, register dalam Bilik Penilaian. Bagi buku klinik, bagi Ic, check air kencing, check berat. Silap habis aku masa tu, makan sedap sedap & bila cek air kencing tinggi pula kandungan gula. Terus dicucuk jarum tambah air. Sedappppp!! Staf nurse suruh tukar baju kaler pink my most fav colour gitu. Nurse tu suruh cepat2, masalahnya orang baru mau rasa dlm zon selesa. Yalah, tengok sekeliling katil, dgr CGT katil sebelah yg kuat amatnyo! Lepas tukar baju, disuruh baring tp tak baring baring juga sbb doc muda tu asyik tanya soalan soalan cepumas. Nurse pun naik fed up, adoiyaipun. Masa perut ni diletak monitor CGT & Heartbeat baby, doc muda tu masukkan air di tgn, mati2 kupikir ada air yg mengalir rupanya darahku. YaAllah. Sandik banar. Tp takpo, sabar, tabahkan hati. Lepas dimonitor dalam setengah jam, doc ckp "Em puan kena admit malam ni juga, so boleh bgtau husband". Dan tidak lama selepas tu, dibawa masuk dlm bilik scan, rupanya di-VE. Fungsi VE ni untuk cek berapa CM sudah laluan rahim. Doc pakar cina tu cakap "ok Puan, dah 2cm but too tight" Kira masih ketat lagilah. So lepas di VE, jumpa husband sementara tunggu katil kosong. Bolehlah sempat borak dlm 30minit, yolah.. husband x boleh ikut bermalam, jgn nak mimpi mcm private nok. 

Lepas dpt katil kosong, biarpun dekat koridor jak, syukurlah boleh tidur. Daripada tidur tepi kerusi kan. Hihi. Masa lepas husband letak barang, airmataku mencurah curah, nurse pula ramai, dah tidak kisah. Sedih sedih! Dah dapat katil, x dapatlah pula tidur sampai esok paginya. Lagi sedih sedih. 


Kaunter Bilik Penilaian.





Tengok betapa meranonye saye dgn darah yg mengalir penuh kemerahan. Sabar sabar :( 

Ok guys, kita sambung lagi dalam part II yah? Cau cin cau! 

Wednesday, August 14, 2013

Update : Kurang Pergerakan Baby

Petang tadi bercerita sakan dgn hasben, pasal one of my friends kena admit di Hosp Papar sebab pergerakan baby kurang. Tiba tiba aku sedar yg pergerakan baby aku pun kurang amat sekali. Wana cakap memang akan kurang sangat sebab baby mau keluar. So aku terus whatsApp my kakak2 pasal aku mau admit malam ni juga tp mereka suruh tunggu lagi sampai jam 9 pm, that's the procedure. Kalau nothing happen memang di'halau' juga dari hospital. So tunggu sampai jam9 nanti kalau ada apa apa mmg direct fly ke Hosp Likas jawabnya.

Dan, untuk menenangkan hati ini, hasben bawa jalan jalan ke 1B, rasa mcm tidak sedap hati pula kalau tengok wayang kan? So we decided to changed our plan from tgk wayang kepada makan makan sedap. Yeah tepok tangan! 


Semoga dipermudahkan Aaaaminnn!

Update : Pengalaman overdue delivery

Pagi ni, macam biasa review kandungan seminggu seminggu even belum lagi delivery. Perut dah makin besar, yg pastinya mata mata orang sekeliling tidak lari dari tgk perut ni memboyot. Kesian. 
So, what's up? Patutnya hari ni aku delivery, it's almost 40 weeks! Semalam tunggu tunggu turun tanda, sakit contraction @ water breaking. Tp hampa. Laki ckp, sabar ja, akan tiba juga masa tu. And, so lucky dpt hasben yg sgt sgt memahami isterinya & semalam sempat lagi mohon ampun dipinta berkali kali sampai lah tidur pun berpegang tangan, aww so sweet kononnya. 

Tadi jam 7.30 am gerak dari Puterajaya, sampai di Klinik dalam jam 8 am. Sampai depan klinik yaa ampun yaa, ramainya ibu ibu sedang berbaris sebab pintu belum buka buka lagi. Kompom ada juga yang berebut rebut masuk sbb ambik nombor manual kan. Bila aku sampai, kira punya kira, aku orang yg ke-10, yang sandiknya nurse cuma 1 orang ja, patutnya 2 org tp kawannya lambat sampai, jd lambat lah di-cek. Staff lain pula masih lagi cuti cuti raya. Tambah sandik, mcm ndak kesian dgn 2 org staf tu. Yg dtg mau 25 patient, tp staf sikit, mcm tiada toleransi pula di tempat kerja. Ok, lupakan. Tension benda benda macam tu, sy lagi tension sebab wajib berklinik pula sampai 9 hari. Oh man! pjalanan jauh, tp patient makin hari makin ramai. Ruang sempit, syukur ada air-cond, kalau yg sebelum ni cuma harapkan 1 kipas siling, merana ibu ibu lain yg sibuk jaga baby dorang. Kesian sampai ada yg berpeluh peluh kepanasan. Besok pula aku berjumpa doc di KKIA Tuaran. Nah terpaksa jam 6:30 am lagi dari rumah, kalau tidak..jam 7:30am pun ramai sudah ibu ibu ambik no sedia. Last review haritu, sempat lagi rehat2 dalam kereta dgn hasben nasib tidak miss nombor. Haha. Lusa lagi review semula di Klinik Desa, nah beginilah kalau pengalaman overdue. Tak sanggup den. Sama mcm kes my sis yg 1st, dua org anaknya overdue 8 hari, terpaksa serah diri sendiri pegi hospital. Rasa syok ja bila kawan kawan lain semua dah beranak pinak, sempat beraya bersama sama baby. YaAllah bestnya. Tp, don't worry, semua tu dugaan dr Allah. Ingatlah Allah yg tentukan. Klu ikut hati ja sampai bila tuhan mau tolong kan. Rasa nangis pun ada, rasa tension pun ada tp in the end,berserah ja sama Allah. Tak gitu?





See? See? Beginilah keadaan klinik desa, apatah lagi kalau klinik kesihatan ibu & anak kan? Tahap gaban punya sandik kan. Kesian ibu ibu yg angkat angkat anak terpaksa berdiri, dan ada juga ibu yg tgh sarat berdiri diri, syukur masih ada yg prihatin. Ini pun salah satu dugaan yg aku kena terima, sbb dah overdue, sebelum2 ni tidaklah seteruk gini. Smooth ja, patient pun kurang. So, ibu ibu preggy diluar sana kena terima semuanya lah dgn hati yg terbuka, be positif! Apa apa pun gambatee Kiko! Wish me luck.

P/s : Husband bawa tgk wayang malam ni di 1B sambil sambil exercise, jalan jalan untuk mudah bersalin. 

Tuesday, August 13, 2013

Update : My EDD 14 Ogos 2013

Assalamualaikum. 

Hanya tinggal beberapa jam lagi untuk menempuh hari esok. Ya Allah, nervousnya tidak terkata. Silap silap malam ni kan? Bila agaknya mau melahirkan ni? Bermacam fikiran sudah. Laki bawa round 1 kk, round Suria Sabah, round Servay dgn harapan bukaan CM tu cepat, kunun. InsyaAllah subuh ni akan turun tanda? Manalah tau kan? Perut dah makin membesar. Silap sangka orang lain saya pregnant kembar, haha!

Tapi, mindset kena positif, kena ready, kena kuat semangat. Percaya pada Allah, semuanya terletak dengan izin Allah. Kun fa ya kun. Kalau ceaser, kena positif. Takut takut, induce pun tidak keluar keluar juga kan. Tp minta jauh2kan jak lah, org ckp induce tu MashaAllah sakitnya tidak dapat diungkapkan. Adoii oiii. All my friends, my relatives tidak jemu jemu sms/whatsapp/fb msg tanya khabar, bila mau deliver, semua bagi nasihat positif, bersyukur sangat sangat. Terima kasih tidak terhingga. Hehe. 

Besok dah complete 40weeks, berharap sangat esok boleh admit. Huh! Bersiap sedia ja lah, bag baju alhamdulillah dah ready, perasaan mental fizikal insyaAllah dah ready. Walhal, masih sempat lagi online hehe. Tp, rasanya mau tidur awal malam ni, 2-3minggu asyik jam 3am ke atas baru dapat tidur. Kelmarin, Wana sempat kasi ingat supaya minum Air Minyak Kelapa Dara, konfiden ja sy cakap ok ok sebab ingat minyak tu ada di rumah Telipok. Bila balik rumah, 1 bilik sy mencari. Rupanya tiada, kompom lah tertinggal di rumah Papar. Sedihnyaaaaaaa rasa macam mau balik Papar malam tu juga. Tp, sedih sedih tu, untunglah bapa mertua ada buatkan minyak original kelapa, yg lebih kurang fungsi beserta bacaan surah surah. InsyaAllah mujarab. Jd, tugas laki lah sapu minyak tu di bawah perut hingga ke pangkal. Air selusuh yg laki buatkan 3 minggu lalu pun sudah habis dilantak. Ramai yg ckp kena minum masa bukaan 8cm, tp my mom minum air selusuh buatan arwah daddy masa masuk 37weeks. Katanya sakit tu langsung tiada. Smooth jak, sampai baby dalam termakan taik sendiri haha anduuu ba kesian adik adikkkkuu yah!



Tadi, sempat lagi scan, doc cakap ruang makin sempit so kalau mau tgk memang susah banget. Sy mau scan sebab mau tau uri, air ketuban, jantung & berat baby. Syukur semuanya okay saja. Berat baby dalam anggaran 3.65kg. Wau besar betul kau nak, adoiiii oii. Palan palan saja la kio nanti k?
Hah yang ni, sempat lagi ke KK dgn family. Tgk betapaaaaaa besarrrrnya perut saya!! Tuhan ja yang tau. Sabo je lah. InsyaAllah kalau sy selamat deliver esok, sy akan update sebanyak mana mungkin. Doakan sy k? ok guys, jumpa lagi. Assalam.

Sunday, August 11, 2013

Eid Mubarak 2013

Assalamualaikum!

Alhamdulillah. Selesai di Bulan Ramadhan maka dengan itu, Bulan Syawal pula kita meraikannya. Di kesempatan ini, saya & suami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN. 

Nak dijadikan cerita pada tahun pertama menyambut Hari Rayo bersama suami & bakal baby yg akan lahir, tahun ni beraya di rumah si mami. Sy & hasben x pernah bincang pun sebelum ni akan beraya di mana, rumah mertua i @ rumah mertua dia. Hihi. Tup tap, hasben ckp beraya di rumah Papar sampai raya ke-5. Oh bahagianya syurga daku rasa! Walhal, due melahirkan hampir hampir, redah ja. Tapi, turun tanda @ sakit sakit belum lagi ada & sampaikan dijadikan pikiran. Tiap tiap malam sebelum tidur tidak putus2 berdoa/berselawat untuk permudahkan proses bersalin. InsyaAllah dalam 2-3 hari lagi lah. Aamin.

Excited raya tahun ni agak kurang sikit sebab excited tunggu baby lagi kuat. Tapi tetap meriah, even my sisters semua balik rumah mertua masing masing. At least sebelum raya sempat reramaikan rumah, buat kuih raya, buat kelupis si mami. Alhamdullillah. Dan, tema baju raya tahun ni dgn hasben ialah 'recycle' miahaha. Hasben ckp pakai jak lah baju raya last year @ baju masa nikah, dan jubah yg dia beli 2 bulan lalu. Hihi. Dan sy pula pinjam khaftan adik yg size S itu. Comel gitu. Raya 1st tu, duduk rumah layan tetamu & sesi bagi $$ raya, dan termasuk saya. Hoyeh! Thank you hasben hihi. 

- 1st day of Syawal -

So inilah hasilnya potrait sekeluarga yg sederhana di pagi raya. Agak agak siapa yg pregnant 9 bulan ni? Curious betul i tau. Hihihi. 


 - 2nd Day of Syawal -

Hari untuk keluar beraya open house kawan hasben. Syukur, tidak rugi ikut hasben, baby dpt $$ raya! Happy tak tekato mamynya! Hah, yg baju melayu hasben pakai tu la baju rayo tahun lepas. Baju sy pula recycle baju pregnant Kak Long 5 tahun yg lepas masa tgh pregnant si Ary. Baju ala ala batik satin gitew. Comei tak Kak Ton?
Mak uda, Mak Ngah & Mak Lang version. 


- 3rd Day of Syawal -

Okay, i admit. Raya tahun ni mmg kurang semangat pula ambik gambar raya. So i curi je lah gambar2 ni dr Instagram Kak Ngah. So takdo gambar sekeluarga brsama hasben k. Masa ni tgh beraya di rumah mertua Kngah. Cantik tak KakNgah kite ? Hikhik. 


Okay, top cute ni hadiah rayo dr Mak Ngah kite. Aww so cute! Mmg mau sgt beli baju baby yg ada kolar tu cuma belum ada kesempatan lg, baju yg semuanya new born & baju ala ala santai. Tp top ni super cute awesome yo! Thank u Ngah! Tak sabo rasanya. Semoga bertambah tambah rezeki Kak Ngah, berlimpah ruah dgn izin Allah & insyaAllah tambah adik Icha lagi, eh? Haha.

Ok Ok u ols, takat ni je i mampu, hah ini pun disebabkan i terjaga dr tidur & x dpt tidur balik so i decided untuk berbelog disamping mendengar alunan dengkur hasben tahap 5. Feeling meh. 

Assalam. Jumpa lagi. Bye!

Monday, August 5, 2013

Baking : Nutella Brownies

Assalamualaikum!

Setelah sebulan "mengidam" mau bikin "Nutella Brownies" so malam ini akhirnya hajatku tercapai. Beberapa intri lalu yg sy mau sgt beli oven tp hasben ckp tunggu dulu. Tp dia dah belikan oven kecik molek di Parkson sebulan yg lalu. Bermacam jenis cake/muffin/brownies/cookies (hah tamak) yg sy mau buat cuma "ringan tulang" ni jak susah betul ambik feel. Sandi..Ha ha! 

So ini dia Nutella Brownies yg selama ini ku idamkan akhirnya tercapai. omg omg!

Bahan bahan :
170gram Nutella (Botol Nutella size kecil 200g)
2 biji telur
Tepung Gandum
Almond Stripes (Hiasan)

Cara penyediaan :
1. Masukkan telur dan Nutella. 
2. Gaul sehingga sebati. Guna stand mixer @ garfu.
2. Masukkan 4 sudu tepung gandum. Gaul sehingga sebati lagi.
3. Masukkan ke dalam papercup kecil @ besar.
4. Bakar dalam oven suhu 180c selama 15 minit.
5. Kalau dah siap bakar, biarkan selama 5 minit, dan hiaskan atas brownies lebihan Coklat Nutella, stripes almond @ cip coklat.
DAN! Siap dihidangkan.

Hah! Senang ja kan. Kalau utk bisnes saya rasa mmg akan ambik kos tinggi. Sedap mmg sedap, rasa coklat habis. Memang kalau 1 botol kecik tu pun untuk 10biji cupcake, harga botol kecik pun dalam Rm10 ke atas, x berapa ingat. Ok selamat mencoba teman teman!




Haha yg ni 1st attempt memang agak messy di situ ye. Sabar jak lah haha! k bye bye! 

Assalam :)

Saturday, August 3, 2013

Mata ku cipta sejarah

Assalam.

YaAllah. Ini dah terlebih simptom dah ni. Overdos entah apa dos ja aku ambik ni. Jam menunjukkan 4:52 am dan mata ku masih besar bercekak ibarat bulan mengambang. Hasben ke surau so dia suh saya tido. Tp mau buat camana, masa dia saho, sy makan bread then masa tunggu waktu subuh, dia tgk Naruto Shippuden, aku blogwalking. Apa nak jadi mata ku ini.

Sekarang ni cuaca elok and this is perfect weather! Tgh hujan & sedang menaip di atas iphone ku ini. Hmm, entah habit lama muncul kembali utk berbelog. Yeah untuk diri sendiri. 

Ok teman teman agaknya dah tiba masa utk lelapkan mata. Good night. Bye!

Assalam.


Friday, August 2, 2013

Seminggu cuti

Assalamualaikum!

Hari ini masih berkesempatan ber-belog & update gambar lama, update new gadget. Lol. Lucu habis sbb blog ni entah apa2 je eh! Serabai teruk!

Nak dijadikan cerita, hari ini dengan jayanya saya dah seminggu bercuti. Yah cuti bersalin. Bersalinnya tak tau bila, hehehe. Dan,memandangkan saya kurang malas mau masak untuk iftar suami, hmm kurang malas ye..so saya decide untuk bawa suami berbuka di luar. Tempatnya belum fikir lagi. Biasa semasa perjalanan ke kk, akan google mcm2 menu. So, saya terfikir mau makan di Kenny Rogers. Actually, haritu lagi tp family dah invite berbuka di Novotel Hotel, so we cancelled it. Well, citarasa hasben ni agak pelik sikit. Menu ala2 barat ni dia terus terang, sangat tidak menarik perhatian dia. Sampai bandingkan masakan telur + kicap & Kenny Rogers. Ya ampun sampai gitu sekali citarasa mu sayang. Lagipun, sebelum kahwin mmg itulah antara fav makan dia. Pasal tu size badan x beso beso agaknya haha.
.
Kami gerak ke 1B, dalam jam 2suku sebab hasben ajak tgk R.I.P.D, so dgn itu saya dgn sukatinya menurut sahaja. Lepas tu, jalan2 kejap buang masa, pergi Parkson, tiba tiba teringat bag baby belum beli lagi. Yg sedia ada tidak cukup besar sbb saya tau mmg banyak barang baby yg sy perlu sumbat. Experience belum ada lagi, harap2 2-3 bulan lepas ni it will be ok. InsyaAllah.

31 Julai yg lalu, kawan ofc dah selamat melahirkan anak. Due dia sepatutnya 26Julai. So dah 6 hari overdue. So, saya bila lagi? Hehe sabar...jgn tergesa gesa, biar semuanya berjalan dgn lancar, dgn izin Allah. InsyaAllah. Minggu dpn dah raya, adakah baby saya akan jd baby syawal? malam takbir? Wah excitednya saya! Ok, don't rush baby. Pelan pelan k?

Okay pepol, its 11:24pm, hasben dah tido depan tv. My simptom lately ni, mmg susah mau tido. Biasa dalam jam 2-3 am baru lelap itupun dipaksa paksa. Baby pula aktif sangat. Mmg non-stop bergerak kiri & kanan. Nafas susah mau dikawal, asyik2 mengeluh. Hairan suami ingat mengeluh pasal apa ja. Kih3! Oya, kelmarin dulu saya sempat bawa hasben pergi Klinik Permai Kingfisher memandangkan saya saja2 mau ikut dia jumpa kawan & i need grocery shop. Bila pergi scan baby, Doc Ellen ckp mcm lama lagi masuk pangkal. So, i think due yg doc KKIA bagi tu mungkin ada silap. Tarikh due 14 Ogos 13 tp dalam scan 19 Ogos, confuse kejap mau ikut mana satu. Wife kpd kawan hasben, tarikh due kami sama 14 Ogos 13, dah selamat deliver 30 Julai tu, sob3!! Awal seminggu pula kan? Masa scan tu, doc ckp berat baby dalam 3.04 kg. Wah kalau dah dekat2 40weeks agak2 berapa beratnya tu ya? Tawakkal ja. Apa2 pun redha & ready semuanya. Ok gambatee chayok!!

Oraite bye pepol! Love ya XOXO!