My 2nd Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Thursday, January 30, 2014

My zumba life.

Assalam.


Hehe. I have no idea untuk cari title sesuai. Ok entri pada kali ini adalah random.

Sukacita dimaklumkan WLC yg aku ikut selama 10 hari di Kepayan Perdana telah berakhir. Fiesta WLC aku takjoin sebab ai kalah. Haha kunun. I've lost 2 kg only! Tapi serious sangat lean! Happy for this amazing result. Badan sangat ringan, malah badan sihat!

How?

Ask me HOW!







Ignore cermin fitness studio kotor ya. Yang ni my last day at 3S Fitness Studio. Ai bawa si Evon, excited kunun dia mau pergi lagi dgn kazen2 dia. Haish kalau la ai dekat macam rumah si Bebyy ni, ai pergi hari2 tau! 

My current weight is 59 kg! Shout out to the world ya!


Sunday, January 19, 2014

Herbalifezer


Assalamualaikum

Alhamdulillah..Syukur. Kelmarin (Jumaat) weighing di 3S Studio Fitness. Setiap Jumaat mesti timbang. Mau cakap happy, tidak juga, mau cakap keciwa tidak juga. 2 weeks workout & herbalife (by program WLC) almost 2kgs lost. Happy? Jgn dulu. Even tidak menang contest WLC (Weight Loss Challenge) tp dapat turun berat badan ideal syukurlah. Semoga Herbalife ni jadi asbab & istiqamah untuk lebih sihat & cergas dalam seharian kehidupan kita. Thank you Allah. 

Selepas bersalin hari tu turun 11 kg sahaja. Latest berat sebelum consume HL 64 kg. Then 1st day register WLC turun pergi 62kg (Masa tu sudah 3 weeks consume HL), yg kemarin sudah turun pergi 60 kg. Sikit lagi mau capat berat idaman, kalau tidak capai 50 kg pun, dapat 55 kg or 56 kg berpuas hati jugalah. Aku ni cuma malas sikit mau workout sebab jauh beno bah Kepayan. Aku turun 2x seminggu itupun pok2 Zumba si Jason Fy. Hihi. 

Ok. Let me explain what's Herbalife Shake yg aku minum selama ni ya. 

1. Cellular Nutrition.

Everytime had F1 Shake Herbalife ni, first sekali yg dituju ialah CELL. Shake ni memberi nutrisi dan betulkan apa yang tidak betul dalam badan melalui cell. So, bila cell kita tu sihat dan cukup nutrisi, InsyaAllah badan kita sihat (dgn IzinNya). So HL Sake provide nutrition to the body system. Thus, it helps in many thing. 1 shake FOR ALL. The Nutrition helps to improve ;

Energy and fitness
- Kesihatan lelaki
- Kesihatan wanita
- Kesihatan kanak2
- Pengurusan Stress
- Solusi masalah immune badan rendah
- Kesihatan luaran - mainly kulit
- Pengurusan berat badan
- Kesihatan jantung
- Kesihatan penghadaman

Lagi satu, Herbalife Shake bukan untuk loss weight tapi untuk daily nutrition intake, untuk add up any nutrition yang kurang dalam badan. For those yg agak musykil berkenaan soalan "kalau stop ambil Herbalfe, berat akan naik semula kah? The answer is NO! Kalau stop ambil HL Shake, bukan naik berat badan tapi our body cuma kekurangan nutrisi. Yang buat naik berat tu sebab over daily calorie needed. Pasal tu once kita consume kita akan tau MAGIC NUMBER kita iaitu berapa kalori intake seharian yg ideal. Contoh, calori daily intake aku 1169 ke bawah. Biasa aku target goal kalori 1000 sehari. 1 shake bersamaan 150 kalori sahaja berbanding dgn breakfast typical malaysian 'Nasi Lemak (400 kal) + Tea Tarik (83 kalori) = 483 kalori. OMG! 483kal instead of 150cal (Shake) ?? So think! Itu belum plus minus dgn LUNCH & DINNER + SUPPER + SNACK? 

2. Pengganti makanan.

Just wanna inform you guys, Herbalife Shake is not suppliment dietary ya. Not medicine or jamu kurus etc. But, ini adalah MAKANAN. Why called FOOD? Sebab ada all the nutrition yang kita perlulan dalam satu tumbler shake. Belum tentu 1 pinggan nasi daily intake kita cukup nutrient kan?

3. Kenyang dan Bertenaga

Seriously wa cakap memang KENYANG. Biasa aku buat shake ni dalam jam 6 - 6.30 am, so masa otw pergi office aku akan terus breakfast shake. Best! Kalau dah minum, biasa time lunch masih lagi kenyang. Serius. Dlm shake pun kita boleh add on Soya @ Susu Skim, Oat, Buah Pisang. Rasa memang tip top sedap dan kenyang. Yg paling penting, jgn lupa minum air sekurang2nya 2Liter - 3Liter. Untuk lagi bagus, 4-6Liter sehari. Aku paling sikit 2Liter sehari itupun rasa bersalah sbb kurang minum air. Huhu. Klu takminum air, mau hlgkan berat badan tu macamana kan? Perlu ingat, setiap 25kg berat perlu 1Liter air k?


4. Tinggi Nutrient
Herbalife Shake ni ada 55 jenis nutrient, 18 asid amino, Mineral & Vitamin needed to our body daily. The best is No Cholestrol. Daeeeebakkk!



Ok yang ni our coach Herbalife as a President Team in Herbalife World. Madam Mariani ni juga founder 3S Studio Fitness di Kepayan, yg ai ikut WLC tu. Hihi. Madam ni sangat2 baik, very supporting, friendly & sangat cantik gilossssss even dia 44 tahun sudah. Macam baru 35 tahun kan? 


So guys, tunggu apa lagi? Jgn tunggu lama2! Jom ke arah sihat. Jom!!!! Semoga kita akan terus sihat ok! Love you all. Mwaaaaaaaah!









NotaKaki : 
Tahniah & Alhamdulillah to husband di atas kenaikan gred J17 ke JA29 baru2 ni! Dah boleh tukar jawatan ke Penolong Jurutera gitewww. Hiks! Syukur syukur. Ok tata!!

Wednesday, January 15, 2014

Rain Over Me

Assalam.

Woah! Musim hujan is just begun. Banyak area sudah overload. Flood! Harini terpaksa on leave sebab hujan kuat sangat pagi tadi. Kereta pun berparking jauh dari rumah. Takut Ayeep kena tempias hujan macam haritu. Patutlah terus selsema.

Cakap pasal selsema. Bila aku post pasal ubat yg doc Ellen bagi last day buat aku meluap luap marah aku. Semua yg mengomen kalah kalah dokter U53. Hairan. Yang mengomen alang2 bidasnya menyakitkan hati pula. Lain baby lain penerimaan antibodi. Kalaulah ubat selsema tu BAHAYA why Klinik Kesihatan KERAJAAN bagi tiap2 kali baby Ayeep berjarum sebab mau elak demam. So far, Ayeep bebaaaaas dari demam jarum. InsyaAllah tidak yg akan datang ni. Yg ada anak (lebih kurang umur) pun tidak mau ketinggalan mengomen kalah kalah pro 4-5 anak. Bukan x mau terima pendapat, tp cuba fikir secara terbuka. Baby bukan sama semua. Contoh macam Ayeep, kena tempias hujan walaupun sikit + air cond di nursery sangat sejuk pasal tu Ayeep cepat selsema. Ada yg terkena tempias hujan, masih steady. Ada yg disebabkan kahak + batuk2, bila check up/review terus isu admit hosp, pasang injap, pasang bantuan alat pernafasan etc. Macam2 aku review. Pasal tu aku cakap antibodi baby bukan semuanya SAMA. Memang lah cakap based on experience, kau duduk sekolah perubatan bertahun tahun, yang bukan duduk sekolah perubatan tetap ambil tahu juga. Adoi please open minded please. Ok tu takpa, yg ada anak satu tapi pengalaman aku pun tapasti lah pengalaman apa yg dia ada sampai keluar segala fakta itu ini apa macam2 lah, TAPI yang aku kisah sangat.. duduk mengomen, menaip dan advice itu ini walhal belum ada anak dan taktau pengalaman siapa yang dia ambik. Suruh be aware segala. Ok, cuba bersalin dulu, kita tengok penerimaan antibodi anak ngko macamana, baru suruh ai be aware. Sampaikan kakak yg 3 anak tu PM aku di facebook sambil ketawa2 tengok komen budak sekolah ai. HAHA. Aku suh kakak tu dunno jak lah. Sebabnya kakak tu pengalaman dia lagi banyak & kena admit pasal kahak di paru2 anaknya makin teruk. Hah mau cakap apa lagi kan? Aku pun tatauuu lah. Banyak sangat DOKTER JELMAAN nowadayyyyyss! Huhuhu.

Ok, takbleh emosi sangat. Ayeep tgh syok tido sebab cuaca malam ni sejuk sejuk nyaman. Apa kata tido awal. Ok good night!

Harap2 esok pagi boleh lihat MATAHARI suria panas terik, so bolehlah Ayeep balik rumah nenek kan. InsyaAllah. 

Assalamualaikum.

Sunday, January 12, 2014

Random Talk

Assalam.

Hari ni bersendiri dgn Aliff.
Daddy keluar.
Shake?
Yes, dah minum. Lambat minum hari ni sebab busy urus Aliff.


Laundry done.
Kemas rumah done.
Baju belum lipat. Menggunung.

Berat dah lost 3kg.
1 month consume Herbalife.
Syukur Alhamdulillah.

Oh. Esok nak ganti puasa.
K bai bai.


Ayeeeeep! Ce like!

Sunday, January 5, 2014

"Christina Perri ; Human"

"Cause I'm on a Human ~"

Assalam.

I've feel in love with this song. Mentang2 esok Monday Blues. Ok tiada kaitan.

Aku nak post sesingkat yg boleh. Tadi husband dinner, dia masak sedap. Boleh hancus meal plan aku yg kukuh itu. Syukur aku mampu halang daripada diserang. HAHA. Masa tercium ayam goreng yang dimasak menusuk kalbu hidung ku. Oh tidak! Tapi aku cubit sikit jak untuk hilangkan rasa ketidakpuashatian he he.

Bila aku kira jumlah intake calories aku hari ini, total semua tepat 1,000 cal. Utk lost weight, aku mesti jaga meal plan aku under 1,1600 cal (something). Ingat mau buat shake lagi, sebab tadi petang awal pula aku buat shake. Setiap shake anggaran cal = 150 cal sahaja. Best kan? Hihi. Disamping sihat dan penuh nutrisi, intake calories per day pun kurang. Less kolestrol gitu.

Esok, Aliff akan masuk nursery UMS. Mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Syukurlah dekat sudah dgn mami & dadi. Hihi. Ok guys, itu saja sebab husb hint2 mau pakai laptop. K byeeee!!


Hehe sorry quality image kurang memuaskan ye. Terover resize pula gambar Aliff nangis manja2 mo nenen.

I LOVE YOU!!!!


Friday, January 3, 2014

Serba Serbi HERBALIFE

Assalam.

Title entri langsung takblehblahapabendanakhavochavocsangat. Purghhhh.

Pagi ni, aku lambat buat shake sebab tolong kawan pasal group assignment. Syukurlah hari ini dan kelmarin cuti cuti dan aku boleh buat assignment dengan tenang. Nampak sangat aku membazir habiskan cuti kan? Ndak tau bila lah masanya aku mau start kumpul cuti ni. Mekong.

Ok guys, hari ini aku cuba terangkan serba serbi my daily herbalife intake. So far, ada 3-4 orang yg cuba tanya aku pasal herbalife ni. Syukur syukur. Oya kali ni, aku cuma bagitau pasal Formula 1 Nutritional Shake Mix : Strawberry Flavour. Mula mula .....


* Sediakan 3 benda wajib :-
1. F1
2. Air biasa (Sukatan 250ml)
3. Strawberry Dutchlady
4. Oat Quarker (Tiada dalam gambar)
5. Sudu sukatan Herbalife
6. Blender


* Masukkan air biasa ke dalam blender


* Masukkan pula strawberry ke dalam shaker untuk tau sukatan sebanyak 250ml.


* Beginilah rupa 250ml hehe

'
* Masukkan pula 2 scoop tbsp ke dalam blender


* Oat quarker, aku masukkan 3 sudu 


* Oat quarker, aku masukkan 3 sudu & blend dalam masa 60 saat atau kurang


* yeah dah siap blend lah kawan kawan


* Dan masukkan ke dalam shaker cup @ gelas yg bersesuaian ya.


* Comel je nampak pink2 kan. Tasabar nak minum!


* Siap dihidangkan bersama blog ku yg taseberapa nak tantek ini. Ok, untuk tips lebih lanjut, blender yg aku pakai tu, masih suci daripada blend segala lada, bawang etc sebabnya jrg mau blend2 ni, biasanya pakai lesung ja menumbuk2. So, untuk sihat & rasa sedap pakai blend yg masih bagus dan hindar dari pedas2 lada & bawang macam tu. Hihi. Dan, aku suka letak oat sebabnya, kita akan lagi tahan lapar sampai ke tengahari. Kalau nak cuba, jom tanya! Ask me how. 

Ok bye.


Thursday, January 2, 2014

Longan dan Kurma Merah

Assalam.

Azan Isya' dah berkumandang di area Masjid Taman Puterajaya. Dan, tiba tiba lapar.

Aku takbuat shake hari ini sebab aku anggap ianya cheat day buat diriku. InsyaAllah esok aku akan disiplin. Ok janji *pinkypromise*

Minggu lepas sebelum aku bercuti, aku sempat order dgn coach aku si Etong. Dia sangaaaaaat busy dgn final exam. Kesian juga ba aku push balik2. Kali ni aku order Formula 1 Strawberry Flavour. Rasanya yaaa sangat sedap, memandangkan aku suka beli strawberry Dutchlady itu, dan ditambah lagi dgn F1 ni wow sangat mantap gabungannya. Rasa loya2 tu confirm tiada berbanding F1 Choco Dutch tu. 

Nak dijadikan cerita, semalam aku ada discuss dgn husband pasal join bisnes Herbalife ni. Disamping juga aku pun consume, apakata bisnes sekali kan?Lagipun, aku berniat mau kasi rasa bapa mertua ku Herbalife ni since he's admitted causes heart cholesterol. InsyaAllah boleh tu pak, yakin ja ya! Dengan berniatkan kumpul 500 volume point, get discount up to 35% every purchase, bestnya. Dapat downline atau tidak tapenting. Yg penting diskaun tu, ndaklah sakit membayar kan. So, survey punya survey dgn cousin tersayangku si Khaireah yg sememangnya dia pun consume Herbalifer. Hihi.. dia kata haritu, kalau mau kumpul 500vp kena keluarkan modal around RM 2,300 something. Oh terkejut ai. Dan, aku fikir2 dulu. Lobang mana aku patut kurik dan cari sejumlah wang sedemikian. Haha.

Dan, esok ai akan berjumpa dgn coach ai si Etong. Dah sign up as a member, minta brief sikit pasal bisnes ni dan ai dah boleh start biz. Hoh tasabarnya ai! InsyaAllah boleh berjalan dgn lancar. Ok. Kita stop pasal Herbalife ye.

Kita sambung dgn tajuk utama pada hari ini ialah LONGAN & KURMA MERAH. As we know, Kurma adalah makanan sunnah dan ianya kaya dgn khasiat. Makanan yg paling sempurna. Tapi sayang, tekakku susah mau terima kurma mungkin sebab manis sangat. Bila kenal kakak ni di Instagram pasal Kurma Merah dan Longan utk milk-booster, aku cepat2 PM dia sebab lately aku rasa air susu ku kurang disebabkan Aliff selalu nangis2 kalau mau breastfeed. Aku pun xtau kenapa. Tapi, tahapnya tidaklah buat muka mau muntah @ tolak susu ibu. InsyaAllah Aliff tidak akan, aku mau sangat dia lengkap menyusu ibu sampai 2 tahun biarpun sekarang Aliff sudah start campur sejak aku masuk kerja. So, lepas aku PM bagai dgn kakak tu, sampailah longan dan kurma merah ke tanganku selama 3 hari shipping. Bila aku start minum, aduh rasanya pun agak meloyakan. Ndak ku suka. SERIUS MERIUS!!!!!! Tapi demi kepentingan Aliff, ku gagahi juga untuk habiskannya. InsyaAllah akan bertambah2lah air susu ku bah. *nangis*


Inilah rupa longan & kurma merah lepas rendam dgn air panas. Klu rebus, ok juga tp aku malas HAHA



Okay guys, okay!! Iklan kejap model tudung ni..yg cantik yg molek HAHA. Ini nak promote inner magic yg Mustard Color & Black by kakak ku @kizzyfauzi_onlinestore (Instagram) yg sgt comfy, sng bentuk, murah & cantik !! Do follow her dan banyak lagi tudung satin lawa2. Cepat sebelum habis stok. Jualan mmg pisang panas. 

For those yg tiada akaun IG, silalah kontek dia untuk sebarang pertanyaan lanjut di nombor fon 016-8354337 (Kizzy). Happy shopping guys!

Ok byeeeeeeeeeee !!

Wednesday, January 1, 2014

First entry 2014

Assalam.

Mood 10 minit lepas dan melepaskan marah, geram, bangang sebab earphone iphone5 ku hilang begitu saja. Sorry to say, barang yg limited edition sebab kalau yg berjual di luar pasti tidak sama kualitinya dan pasti ianya KLON!

AKU BENCI KLON! 

Kalau boleh biarlah nyawa hingga ke hujung tanduk, sanggup aku pakai biarpun talinya buruk dimamah usia. Sedih + benci + marah segalanya. Tapi bagaimana boleh hilang? Nangis tidak berlagu. Sedih!!

Huhu.

Ok sekarang dah boleh switch mood.

Kita switch mood suam suam kuku pula. Ok, ini adalah 1st entry ku di tahun baru 2014. As a muslim, we have to be proud on Awal Muharram. Tapi dunia telah mempermainkan kita. Dunia serba maju, eve's New Year sakan minum minum, karaoke, mandi 'tolak bala', etc, what the ? hellyo. Harap2 tahun depan, insyaAllah kita tukar semuanya. Tinggalkan benda2 macam ni. Boleh? InsyaAllah ya!

So, memandangkan entri ku ini, ku anggap ianya special daripada yg lain. Aku mau list down semua  yang menjadi peristiwa manis, pahit, masam, dalam satu adunan. Antaranya ialah ;-


Saat melahirkan Aliff adalah kenangan terindah buat aku & husband, dimana cahaya mata yg ku bawa kehulu kehilir 9 bulan akhirnya Aliff lahir ke dunia pada 17 Ogos. Gambar post facebook ku antara top LIKERS mencecah 394 likers wohooooooo you knowwww, ok instead of Nikah day selfie. Kih kih kih. 

Daddy & Mummy harap Aliff jadi anak soleh bila besar nanti, mesti sekolah Ugama itu paling penting. InsyaAllah boleh jadi tahfiz ya nak. Aamin. Daddy & Mummy sayang Aliff sangat2. Terima kasih tidak terhingga juga buat daddy yg selama ni tlg mami jaga Aliff. Love you both my hero!


Antara top2 agenda 2013 ku termasuk my bestfriend since highschool finally getting married bulan October yg lalu. Dear BFF, Yvonne even kita jarang sekali contact each others lately but I never forget our friendship. It's very meaningful for me and it will last forever. I love you babe!


“If you have good friends, no matter how much life is sucking , they can make you laugh.” 

-P.C Cast-

Oh oh. My one of fav art. Eh art? Haha. Taken last time when I'm still in confinement day. Daebak! Masa ni sangat excited mau click click camera kenit ku. Sebab lama tidak beraksi inilah kejadian sedemikian rupa. Harap2 lawa lah di mata kamurang.

Hah setakat ini saja yg mampu ku list down-kan. Tiada apa yg mampu ku cipta memori bagai di tahun 2013 yg lepas melainkan punya keluarga serba kecil, biarpun sederhana tapi kami tampak bahagia. Bahagia macam ada 10 orang anak. Haha. Apa? tambah rakyat? Adik Alif? Persoalan ini akan dijawab 3 tahun lagi, maksudnya tunggu Aliff besar2 dulu baru tambah adik k? Taaaaaaapiiiii....sekiranya ada rezeki dari Allah, syukur Alhamdulillah. Jgn tolak rezeki orang bilang. Hahaha..

Ok my love lovely followers, inilah serba serbi entri ku di tahun 2014. Selamat menjangkau umur mu yg ke 24 tahun Kiko. Allah bless us. Aamin. 

Assalam Bye xoxo!

Byeeeee!!