My 2nd Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Sunday, March 8, 2015

Pengalaman Bersalin Anak ke-2 : Part 1 ; Bocor??

Assalamualaikum.

hi peeps :D

Harini saya sihat, dah rest sepenuhnya 2 hari ni. Syukur. Em kenapa dengan title saya dekat atas tu? Macam serius je. Hik hik hik. Dijadikan cerita .....

6 Mac 2015 (Jumaat) - 36weeks 1 day

Hari jumaat lepas, yes yang sangat busy di office. Hari2 pun busy sebenarnya. Sejak 2 weeks ago, mmg busy gila gila. Rehat dari busy kerja cuma 1-2 hari dalam seminggu, yang boleh lepak lepak, fb-ing, wechat, blogwalking, bla bla bla. Then sambung lagi busy semula. Berjalan jangan cakaplah, memang kerja saya kerap gila berjalan ke sana ke mari. Kawan kawan ofis memang akui juga, since Pembangunan 2015, dorang kata ai ni mmg busy kalah kalah VC. Hikhik!

Pagi jumaat tu, ofis ada aktiviti 5s. Even masa tu jugak tgh prepare slaid pembentangan projek pembangunan dengan TNC (Timbalan Naib Canselor). Tengah busy busy prepare slaid, busy lagi mengatur dokumen Mekanikal & Elektrikal dengan dokumen kontrak yang tebal gedabak itu, angkat kotak kotak, gilerr kan? Sampaikan my ladyboss cakap tapayah buat, tp saya tetap juga mau buat. Keras kepala! Appointment pembentangan projek pembangunan dgn big boss adalah pada jam 11 pagi. Husband pun join sekali sebab dia adalah Urusetia Projek di Sandakan. Slaid sy siap pada jam 10.30 pagi, tp tetap rushing jugak sebab mau tunjuk slaid dgn ladyboss Pn. Azlina, our Arkitek Kanan utk semak sebelum jumpa bgboss, tp tasempat semak sebab dia pun busy masa tu juga. So, sy print out 5 keping utk bagi boss2 yang lain.

Laki dah tunggu luar ofis dengan laptop dan projektor. Means kami akan 1 kereta ke meeting di Canselori. Laki bawa banyak barang, so laki cakap biar sy yg drive, masa tu dah jam 10.50 pagi. Sampai kat Canselori, sy drop Aras 5 sebab mau pinjam ext wayar, meeting tu di Aras 6. Sesampainya di aras 5 jumpa staf sana x dpt pinjam ext wayar sebab fullbooked. Hampa dan harap bilik meeting ada plug in point untuk laptop dan projektor. Mau ke Aras 6, naik lif. Tapi disebabkan kesuntukan masa, sy decide naik tangga. Penat pun penatlah. Biasa juga naik tangga kalau balik rumah, dah namanya rumah di 2nd floor. Degup jantung laju, nafas laju, penat, haus, lapar. Haha. Sebab breakfast pagi tu cuma susu dan 2 bun coklat. Mana tak lapo.

Dah jam 11.15 pagi, chairman belum sampai lagik. So saya pergi ke tandas jap. Keluar dari toilet nampak chairman dah masuk bilik meeting. So saya cepat2 ambik tempat sebab pencatat minit.
Selepas 1 jam meeting, dah packing everything. Then, pergi makan brunch di luar bilik meeting. Mee Hoon goreng dan tea. Sedap.

Dan!! Masa nak duduk tu, masa tgh pgg mee goreng tiba2 rasa macam ada semacam ja di seluar. Pgg belakang seluar dgn cover baik punya, rasa basah macam bukan basah yg lepas dari toilet mahupun basah berpeluh sebab dalam bilik meeting sejuk dabak. Emm, masa tu x terfikir apa2 lagi. Lepas makan, masa mau gerak balik ofis sebab yg attendant meeting mau gerak ke masjid lagi. Masa berdiri tu, tiba2 ternampak kerusi leather yang ai duduk tadi tembus. Wah biar betul ni?? Takkan terkencing HAHA! Mestilah kita rasa kan? Kalau terkena air masa mencuci lepas dari toilet memang tidak akan lah sebab saya dah lap dgn tisu dan mesti akan rasa tidak selesa semacam. Mmg 100% tidak. Masa gerak turun sy diam jak, masuk kereta cakap dgn laki, saya tembus. Apa ya? Laki pun blur, tatau mau buat apa sebab 1st time begini. Dulu masa Ayeep, overdue dan hosp yg pecahkan air ketuban. Ngeh.

Masa otw balik ofis, saya banyak google pasal bocor air ketuban, whatsapp akak2, whatsapp kawan2 lain. Semua suh ke hospital, suh refer doc takut betul2 air ketuban pecah. Hati memang tamau, tp memandangkan positif dan bimbang dengan keadaan baby sebab bila dah bocor boleh mengakibatkan infection kuman, baby lemas dan macam2 kompilasi pada baby. Cuak dgr! Sebab utama tamauu pergi hospital sebab takut di VE HAHAH! Boleh?? Cis alasan tu kan. Ckp dgn kawan2 yg lepak di pantri, cakap x mau pergi hosp, rasa mau nangis, rasa takut dan macam2 lah sebabnya memang takmauuuuu ke hosp!!! Takut ditahan lah itu lah, lepastu rasa mcam ndak ready ba beranak awal. Padahal dulu bukan kemain mau sgt beranak 36 weeks. Cis!! Tp kan dorang semua very supportive. Bagi semangat taputus2 tau . Love u all lah!!

Dan, lepas laki solat jumaat, dalam jam 2 petang laki sempat bawa balik ke rumah sebab barang belum packing lagi. Baju2 baby semua belum cuci. Omg! Sampai rumah, laki tolong cuci baju2 baby yg masih dalam bag laundry, tolong packing barang lain, dan ai sempat mandi dan cuci rambut. Kot kot beranak esok lusa, dah takbleh cuci rambut 2-4 minggu, Naya bau! Hehe. Dalam jam 4 petang gerak dari rumah terus menuju ke Hosp Likas, singgah Giant jap beli pamperss New Born. Masa otw tu, sempat lagi singgah McD sebab lapo amat sgt. Lapo sebab debar debar emmm. Dan, yg lucunya bila mau sampai di hosp. sempat merayu dgn laki supaya buat uturn, rasa macam betul2 ndak ready mau buat check up, ketakutan melampaui segalanya tp laki berkeras juga!! Laki cakap jg ikutkan hati sgt, fikir keadaan bby. Hmm ok love, ikut cakap suami. Ok...

Dan sampai hospital dalam jam 4.20 petang. Naik ke 2nd floor, register kaunter, staff nurse intebiu sikit sikit dan suruh masuk bilik penilaian. Ok bab masuk bilik penilaian , kita akan cont pula di part 2 ya sebab dah macam karangan sangat ni. Hehe..

Ok, guys....to be continued ya...Bye!!



Pengalaman Bersalin Anak ke-2 : Part 2 ; (Bilik Penilaian dan saya warded 1 malam)

No comments: