My 2nd Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Friday, March 13, 2015

Pengalaman Bersalin Anak ke-2 : Part 2 ; (Bilik Penilaian dan warded 1 malam)

Hi.

Entri kali ini adalah sambungan entri : Pengalaman Bersalin Anak ke-2 : Part 1 ; Bocor?


Masa aku dah sampai di Bilik Penilaian, jam sudah menunjukkan jam 4.20 Petang. Masuk masuk jak, aku bagitau nama dan sister tanya anak ke berapa. Aku jawab "yg 2nd", dia senyum "mudanya! berapa umur kau ni dik? "25 tahun hehe" Oh ba ok, pergi toilet untuk check airkencing, then sister bagi stick untuk letak airkencing kita. Lepas aku balik dari toilet, tak dpt kencing2. Sister tu ketawa. Terhibur mungkin. Haha




Staffnurse bagi baju hospital kaler pink bandung untuk tukar. Lepas tukar dia datang bawa monitor CTG..sambil dia intebiu pasal apa datang hospital, umur berapa, anak ke berapa, kerja mana, bla bla bla. Sambil2 kurangkan nervous sebab akan di VE (Vaginal Examination) ngeh. Selepas tu, ada sorang doc cina lelaki lagik datang intebiu segala history ai ni. Hehe dengan pelat chinese-nya, ai jawab lah satu persatu. Staffnurse yg layan ai tadi senyum2 dan cakap pelan2 "Hehe lucu dokter ni intebiu sejarah ko" Masa tu ai senyum seja lah. Hehe. Selepas 15 minit tlh di intebiu, dia bawa boss dia doc cina juga tapi perempuan comel loteh untuk check ai. Hah? apa lagi cek lah segala-galanya. Masa ni rasa agak kekok yelahh biarpun pernah beranak tp rasa malu tetap ada. 

Doc cina pompuan td tiba2 bising potpet potpet. sebabnya aku tidak 'membuka' kaki dgn meluas. Adoi, camana mau buka, my panties belum tanggal lagi! Terus dia ketawa "patutah u nak tutup2, tak buka lagi, ok ok u change sekarang, nanti ai datang balik ok?" Then dia bagi ai masa utk tukar. Lepas tu, dia cek itu ini bla bla dengan menggunakan alat pap smear untuk ambik sampel cecair. 


Papanicolaou Test

Bila dia cakap "tak ade leaking lah puan." Aku diam je lah. Hm. Lepas tu dia cek bukaan jalan. Dia potpet potpet, belum ada bukaan lagi. Then dia terangkan ai satu persatu dan suruh warded 1 malam untuk monitor semula sehingga esok. Tapi, ai buat muka kesian, sebab ai dah cakap mau balik. Dia terus takdpt cakap apa2. Asst doc cina lelaki tadi tu tepuk2 belakang ai sambil motivated "tak apa puan, kami pun tidak mau susahkan puan, kami pun tidak mau patient tidur berhari2 di sini tp kami tetap mau monitor puan, takut ada apa2 terjadi pada kandungan. ye?" Hehe ai terus positif. Its ok, demi baby ni ai sanggup buat apa jak. Kalau dibiarkan takut benda lain pula jadi, Thank u Doc! Nah why i loved gov hosp. Lepas ai stay2 sambil citcat dgn laki , doc cina pompuan tadi bawa ai pergi scan baby. Ambik masa 20mins juga. Everything is ok, current weight baby sekarang masuk 3kg ya. Lepas scan, ai balik katil tadi then ambik semua document untuk masuk wad kenanga 1. Hm situasi paling ai taksuka sebab kena stay, kenapalah tadapat balik je kan. Menyesal pula pergi check, takpasal2 check in hosp 1 malam. Rindu Ayeep lagi T.T

Selama 3 jam di Bilik Penilaian, barulah masuk ward. Masa tu dah jam 7.30 malam. Laki tolong bawa barang2, takbleh borak lama sangat. Hampes. Dari jam 8 malam sampai jam 10 malam asyik whatsapp laki. Antara selingan 2 jam tu beramah mesra dgn akak sebelah katil. anak ke 6, ambik appointment untuk caesar. Dan, banyak pulak ceritanya. Aku dah mengantuk sakan ni. Lepas borak borak, aku tertidur. Sampai jam 12 tgh malam. Terbangun sebab perut sakit sangat. Macam rasa contraction tp mungkin sakit biasa. Lepas tu terbangun dua2 jam. Adoi taklena tidur. Sebabnya, staffnurse check BP. Terpaksa bangun. 

Ding dong ding dong Jam 7 pagi. 
- Awal bangun sebab docter mau check VE lagi dan ambik sampel cecair. Masa ni tidak sakit sangat. Syukur. Dan result tetap juga macam kelmarin. Doc cakap tunggu doc pakar akan round dalam jam 11 pagi, kalau dia kata boleh pulang, boleh ler tu. Hehe happynyerr! Serius. 

Jam 9 pagi, 
- Laki datang bawa breakfast. Ai request Horlics dan Maggi Goreng. Sedap.

Jam 10.30 pagi
- Doc pakar datang dan interbiu dalam 3-4 minit dan she said "ok puan boleh balik" Weeeee happppppppyy! terus bagitau laki dah boleh pulang. Kena tunggu dalam sebelah petang tunggu dokumen prepare dan surat2 lain.

12.30 T/Hari
- Laki datang dan borak borak sampai letih tunggu surat.

2.30 Petang 
- Discharge! Yahooooo!!




Siapa tak happy bila dpt discharge kan? Lebih lebih lagi dapat jumpa anak kecikku. Ngeh3! Sampai rumah terus peluk cium anak sampai puas. Syukur nikmat mu Ya Allah. 

Dan hari ini genaplah kandunganku 37 minggu. Matang dan boleh beranak dah ni sebenarnya. Hehe. Setiap malam terfikir fikir bila agaknya mau beranak biarpun hari2 berjaga jaga dan sentiasa alert dgn alarm contraction. Takut. 2 hari lepas, perut terasa sakit amat sangat. Bila google pasal Braxton Hick barulah tau. Memang apa yg aku lalui masa tu, memang Braxton Hicks lah, rupanya mini contraction macam itu ialah supaya melatih otot2 untuk sentiasa ready dgn contraction. Hm mini contraction pun sakit apatah lagi kalau dah betul2 kan? Maiged. Allah saja yg tau.

Ok guys, doakan aku dan baby selamat dalam masa proses perjuangan ya. Semoga dipermudahkan segalanya2. Buat ibu ibu yang bakal melahirkan dalam masa terdekat ini juga, semoga selamat hendaknya. Positif, dan paling penting ialah doa suami dan orang tua. Jgn lupa selawat bebanyak, antara penawar sakit juga.

P.s : 14 Mac & 21 Mac adalah appointment kami laki bini ikut kelas Father Friendly di Hosp Likas. So, ai akan update apa yg kami pelajari di sana ok. Ai is excited sebab akhirnya laki ikut juga kelas yg sangat berharga buat ai dan baby kecik ini supaya nanti bila dalam Labour Room boleh temankan ai sesama dalam memperjuangkan khalifah kecil Allah ini. Syukur. Thanks Love.

Ok bye bye. Cuddle Xo!


Love you Mr Perfect. Syg baby. Ngeeeehhh :p

No comments: