My 2nd Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Our Anniversary Surman Shah & Afika

Friday, December 28, 2012

My short written

Assalamualaikum...

Akhirnya terbuka juga hati saya untuk menaip semula...ok setelah sekian lama memendam perasaan untuk menaip biarpun banyak cerita yang mau dikongsikan. Yaaa, banyak sangat!

Ok firstly, pasal majlis kahwin saya yg sudah berlalu sebulan agaknya, iaitu pada 23 - 24 November. Alhamdulillah, majlis saya berjalan dengan lancar biarpun ada cacat cela yg sedikit. *hembus lega* Dan, yang pastinya berumahtangga diusia muda tersangatlah best! Even, ramai yg bla bla bla never stop complaining, tp aku NYAH kan semuanya sebab Allah dah tetapkan jodoh saya. Tepuk dada, tanya selera. Masa mula mula perkenankan niat saya ke mami untuk langkahkan kaki untuk berumahtangga di usia muda rasa konfiden ja, rasa mau seronok ja, yala siapa x mau kahwin kan! BF dah ajak kahwin masa tu. Masa tu, saya belum terfikir panjang lagi kehidupan selepas kahwin, ok atau tidak, hal kewangan macamana, belum masuk isu zuriat lagi, sambung belajar lagi, beli rumah, bla bla bla..oh my god, masa tu langsung tidak terfikir tapi tapi tapi...don't worry! kita bukan kahwin dengan diri sendiri tp dengan bakal suami, hah tang benda tu biar suami yang fikir. Ok, stop berfikir. So, selama tempoh 6 bulan bertunang, banyak benda yang saya prepare awal2 contohnya pre-wedding, doorgift, kursus kahwin, servay kad kahwin, servay baju kahwin. Dan, yang paling last minit prepare ialah borang kahwin. Hah ini yang paling penting dari segala2nya. Kalau tiada borang kahwin, maka gigit jarilah dua2 pengantin di depan wali. Berebut masa mengurus time tu, balik2 skip masa kerja. Untunglah bos masa tu sporting.

*********Wedding Day**********

2 hari sebelum nikah, saya dah start bercuti. Hairan ofcmate biasanya 1 minggu awal bercuti, marah2 pula tu suruh cuti. eh lawak. Yala masa tu 'darah manis' org cakap. Sepanjang 2 hari sebelum nikah sempat bermasam perasaan dgn tunang. Sbb banyak benda fikir, benda kecil dibesarkan2. Banyak benda belum settle, bila ingat balik rasa mau ketawa sampai muntah. Sensitif habis. Nasiblah tunang masa tu tersangat memahami. Herherher - Selepas majlis nikah/malam inai/sanding - Ya Allah, saya bersyukur ke hadrat Mu kerana majlis kami berlangsug dgn meriah sekali. Bahagia tidak terhingga. Terima kasih buat keluarga terdekat dan yang jauh datang ke majlis kami tidak seberapa. Juga kepada kawan sekolah hey best giler weh! Thanks a lot xoxo! *sambil buat muka comel*










************Honeymoon***********

Hah part honeymoon pula. 1 family buat holiday trip & short honeymoon area Bukit Bintang. Masa tu penat berjalan. Plan bawa husband pegi Genting Highland, tp mimik muka dia mcm takmo sbb susah cari transport. So, keinginan ke sana biarlah saya pendamkan manatau satu hari nanti husband pula teringin mau pergi kan. Selama 3 malam di sana perasaan holiday tu mcm ntahpapa, paling best pun pergi Kenangan sbb bole borong baju comel ala ala korean gitew. Thank to hubby sbb bagi belanja sakan utk wife mu ini. XOXO!


**********3 Weeks After Married*********

Masa mula mula bertunang dulu, pernah bagitau husband pasal perancangan baby. Husband cakap Yes, manatau belum puas enjoy lagi hidup berdua. Kami kenal tidak sampai 3 bulan dah plan kahwin. hohoho... Anggap setahun lah perhubungan kami sebelum kahwin. Bila masuk 1-2 bulan sebelum majlis berlangsung, bermacam cerita yang keluar pasal isu yang belum dikurniakan zuriat. Sebelum tu, 'saya memohon maaf sekiranya ada yang terasa hati, tidak terniat langsung.' Ramai yg cakap, sesetengah pasangan belum bersedia untuk menerima zuriat di awal perkahwinan, mungkin disebabkan kekangan kewangan, ruang rumah yang sempit atau paling terkena di hati ialah bila ada org ckp 'sebab mau jaga bentuk tubuh badan terutamanya perempuan'. Dan, selepas kahwin, husband tiba tiba bersuara, "Kita ada baby awal boleh ba kan? Kita cuba" Oh masa tu eh, terkejutnya bila dia cakap macam tu. Rasa bersyukur sgt2 yala kot kot takut Allah dah mau bagi rezeki awal tp kita pula tolak, murka Allah tidak terkata sampai hujung nyawa tapun lah mau anak kan? Nauuzubillah..

Tidak sampai 2 minggu perkahwinan, badan kerap lemah. Sakit bahagian perut rasa macam senggugut, tp lama pula masuk seminggu. Last period pula 3hb November masa tu, next period belum masuk lagi. Tp no wonder sbb hormon masa tu tersangat unstabil. Kdg2 sebulan tidak period, kdg2 lambat 2 minggu. Kesiannya saya. 

10 Dec/10 Am - Plan beli UPT di Guardian dan bergegas ke klinik. Masa tu berlakon mau jumpa doc tp nasib masa tu doc tgh rest so ambik kesempatan pinjam tandas. Sbb tandas klinik kan bersih 5 star gitew. Bila cek for first time, ala sedih...1 line pula tp 1 line lg tu x clear. Tp sempat jumpa nurse, nurse cakap negative. Huhuhuhu..Then, buka cit 1 sbb poliklinik permai panel UMS, so ambik 2 UPT. harharhar.. nurse cakap tunggu 7 hari lagi cek lah lagi.

14 Dec/7 Am - Hah tgk gelojohnya kan! tidak sampai 7 hari dah cek balik. Masa ni cek dah 2 line merah tp 1 line lg tu still kabur. huhuhu, tp husband ckp "eh adalah ni, yeh positive" Tp muka saya masa tu muyuk macam jak. Eh tak adil ni, kena cek lg ni, tp kali ni mau cek di klinik terus.

1.30 Pm- Ptg tu mau cek sbb YaAllah rasa sakit perut tu adui Allah ja tau rasanya macamana tp it's ok setiap sakit yg ibu hamil rasa, dpt pahalanya! Positive itu harus! Tp bila lama menunggu turn mcm malas pula mau jumpa doc sbb husband masa tu busy sikit. Kesian pula kan?

19 Dec/2.00 Pm - Kali ni hati dah tetap kuat. Period dah x mai lagi, dah 3 weeks tunggu. Tp, masa ni beli yg lagi proaktif, haha! Beli UPT yg digital terus. Biar puaskan hati masa ni. Tuptaptuptap cek balik dan berlakon balik di klinik yang sama, bila keluar tiba tiba blinking "not pregnant" eh main main pula. Tp masa tu blur juga. Tunggu lagi dalam 1 minit camtu. Tiba tiab POP!!!! 3W+ = 3 Weeks! Pastu konfiden jumpa doc, then doc kira masa tu dalam 5-6 weeks dan saya masih confuse lg kiraan cycle period kalau kiraan bg doc lah. Ya masih confuse. Kenapa perlu awalkan 2 minggu sbb dorang kira bila first day of last period sbb dorang xakan tanya bila nikah? bila kawin..tidak sama sekali. herher

So kalau diikutkan hari ini (28 Disember) genap 8 minggu bagi kiraan doktor. Tp bila org tanya saya akan jawab masuk 4 minggu mengikut UPT Digital tu. Itu rasanya yg mmg kandungan dlm peyot saya ni. *senyum comel lg* So, my first review pada 3 Jan 2013, and I can't wait to see my bump yg makin beso dan kuat makan*sometimes! So, doakan yg baik2 untuk saya dan baby. Semoga dipermudahkan semuanya. Dan, terimakasih tidak terhingga buat husband yg tidak penat penat melayan karenah bini mu ni yg tersangat cerewet hendaknya. Thank you & Sorry juga sbb tiap2 pagi buat nescafe sendiri sbb awal pagi alah sgt bauan nescafe. Tsk! Thank u jgk sbb awal2 pg selalu buat muka lutchu make me laugh every day kdg2 make me annoy lah. Thank u jgk sbb jaga makan minum, nafkah zahir tiap2 bulan, dan segala2nya! 

Ini saja buat kali ini, harap2 ada mood lg menaip utk di lain masa. Bye!



Yang ini semua UPT yg bersungguh2 saya buat. Ah sangat gambatee gitew! Akhirnya kan? syukran Ya Allah!

Assalamualaikum. With love, Kiko.


2 comments:

miza ismail said...

tahniah dear,jaga baby bgs.bykkan selawat n baca al quran utk baby.k.

Iman Rasyidah said...

congrats bebeh! this is me evon. Hehe.