My 2nd Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Friday, March 20, 2015

My Full Term (38 minggu)

Assalamualaikum peeps. peeps.

Hari ini ai cuti. Saja ambik cuti. Hehe. tidak tidak. Pagi tadi berklinik di Poliklinik, means weekly review. Dan, at the same time...kena jumpa sister di Klinik Kesihatan di Putrajaya, Telipok. Bila dah sampai di Klinik Kesihatan 1Malaysia, sister yang sepatutnya ai jumpa tiada dan hanya hari Selasa dia available. So, staf nurse ambik details ai dan nanti dorang akan call next week. What? Next week? oh em gee.

Hmm.

Actually, lepas review tadi, kandungan ada masalah sikit. Tp, ai takbleh nak cakap di sini sebab belum confirm utk check up. Besok ai akan buat check up semula dan bila dah dapat confirmation result, ai akan cerita dengan lebih details la yerr. But, don't have to worries much, tiada yg kronik sangat pon. Hihi.

Oh ya, last week , husband and ai ikut kelas father friendly di Hospital Likas. Syukur alhamdulillah, everything going smooth. Dan dah dapat sijil kebenaran pon. Ler tapi bukan sijil, cuma sekerat kertas size A5 haha kelakar. Ingat2 sijil yg laminate cantik2 kah. Dan besok final class which is exercise class di mana kena bawa yoga mat dan bantal. Tp memandangkan laki cakap sudah dapat sijil so kita skip la ya lagipun besok kena buat final checkup utk baby. Ok ok :)

Ok guys, i dont have any idea. Rasa macam nak minum starbucks chocolate & big apple ja. Oh my :|

K bye. Xo!

Friday, March 13, 2015

Pengalaman Bersalin Anak ke-2 : Part 2 ; (Bilik Penilaian dan warded 1 malam)

Hi.

Entri kali ini adalah sambungan entri : Pengalaman Bersalin Anak ke-2 : Part 1 ; Bocor?


Masa aku dah sampai di Bilik Penilaian, jam sudah menunjukkan jam 4.20 Petang. Masuk masuk jak, aku bagitau nama dan sister tanya anak ke berapa. Aku jawab "yg 2nd", dia senyum "mudanya! berapa umur kau ni dik? "25 tahun hehe" Oh ba ok, pergi toilet untuk check airkencing, then sister bagi stick untuk letak airkencing kita. Lepas aku balik dari toilet, tak dpt kencing2. Sister tu ketawa. Terhibur mungkin. Haha




Staffnurse bagi baju hospital kaler pink bandung untuk tukar. Lepas tukar dia datang bawa monitor CTG..sambil dia intebiu pasal apa datang hospital, umur berapa, anak ke berapa, kerja mana, bla bla bla. Sambil2 kurangkan nervous sebab akan di VE (Vaginal Examination) ngeh. Selepas tu, ada sorang doc cina lelaki lagik datang intebiu segala history ai ni. Hehe dengan pelat chinese-nya, ai jawab lah satu persatu. Staffnurse yg layan ai tadi senyum2 dan cakap pelan2 "Hehe lucu dokter ni intebiu sejarah ko" Masa tu ai senyum seja lah. Hehe. Selepas 15 minit tlh di intebiu, dia bawa boss dia doc cina juga tapi perempuan comel loteh untuk check ai. Hah? apa lagi cek lah segala-galanya. Masa ni rasa agak kekok yelahh biarpun pernah beranak tp rasa malu tetap ada. 

Doc cina pompuan td tiba2 bising potpet potpet. sebabnya aku tidak 'membuka' kaki dgn meluas. Adoi, camana mau buka, my panties belum tanggal lagi! Terus dia ketawa "patutah u nak tutup2, tak buka lagi, ok ok u change sekarang, nanti ai datang balik ok?" Then dia bagi ai masa utk tukar. Lepas tu, dia cek itu ini bla bla dengan menggunakan alat pap smear untuk ambik sampel cecair. 


Papanicolaou Test

Bila dia cakap "tak ade leaking lah puan." Aku diam je lah. Hm. Lepas tu dia cek bukaan jalan. Dia potpet potpet, belum ada bukaan lagi. Then dia terangkan ai satu persatu dan suruh warded 1 malam untuk monitor semula sehingga esok. Tapi, ai buat muka kesian, sebab ai dah cakap mau balik. Dia terus takdpt cakap apa2. Asst doc cina lelaki tadi tu tepuk2 belakang ai sambil motivated "tak apa puan, kami pun tidak mau susahkan puan, kami pun tidak mau patient tidur berhari2 di sini tp kami tetap mau monitor puan, takut ada apa2 terjadi pada kandungan. ye?" Hehe ai terus positif. Its ok, demi baby ni ai sanggup buat apa jak. Kalau dibiarkan takut benda lain pula jadi, Thank u Doc! Nah why i loved gov hosp. Lepas ai stay2 sambil citcat dgn laki , doc cina pompuan tadi bawa ai pergi scan baby. Ambik masa 20mins juga. Everything is ok, current weight baby sekarang masuk 3kg ya. Lepas scan, ai balik katil tadi then ambik semua document untuk masuk wad kenanga 1. Hm situasi paling ai taksuka sebab kena stay, kenapalah tadapat balik je kan. Menyesal pula pergi check, takpasal2 check in hosp 1 malam. Rindu Ayeep lagi T.T

Selama 3 jam di Bilik Penilaian, barulah masuk ward. Masa tu dah jam 7.30 malam. Laki tolong bawa barang2, takbleh borak lama sangat. Hampes. Dari jam 8 malam sampai jam 10 malam asyik whatsapp laki. Antara selingan 2 jam tu beramah mesra dgn akak sebelah katil. anak ke 6, ambik appointment untuk caesar. Dan, banyak pulak ceritanya. Aku dah mengantuk sakan ni. Lepas borak borak, aku tertidur. Sampai jam 12 tgh malam. Terbangun sebab perut sakit sangat. Macam rasa contraction tp mungkin sakit biasa. Lepas tu terbangun dua2 jam. Adoi taklena tidur. Sebabnya, staffnurse check BP. Terpaksa bangun. 

Ding dong ding dong Jam 7 pagi. 
- Awal bangun sebab docter mau check VE lagi dan ambik sampel cecair. Masa ni tidak sakit sangat. Syukur. Dan result tetap juga macam kelmarin. Doc cakap tunggu doc pakar akan round dalam jam 11 pagi, kalau dia kata boleh pulang, boleh ler tu. Hehe happynyerr! Serius. 

Jam 9 pagi, 
- Laki datang bawa breakfast. Ai request Horlics dan Maggi Goreng. Sedap.

Jam 10.30 pagi
- Doc pakar datang dan interbiu dalam 3-4 minit dan she said "ok puan boleh balik" Weeeee happppppppyy! terus bagitau laki dah boleh pulang. Kena tunggu dalam sebelah petang tunggu dokumen prepare dan surat2 lain.

12.30 T/Hari
- Laki datang dan borak borak sampai letih tunggu surat.

2.30 Petang 
- Discharge! Yahooooo!!




Siapa tak happy bila dpt discharge kan? Lebih lebih lagi dapat jumpa anak kecikku. Ngeh3! Sampai rumah terus peluk cium anak sampai puas. Syukur nikmat mu Ya Allah. 

Dan hari ini genaplah kandunganku 37 minggu. Matang dan boleh beranak dah ni sebenarnya. Hehe. Setiap malam terfikir fikir bila agaknya mau beranak biarpun hari2 berjaga jaga dan sentiasa alert dgn alarm contraction. Takut. 2 hari lepas, perut terasa sakit amat sangat. Bila google pasal Braxton Hick barulah tau. Memang apa yg aku lalui masa tu, memang Braxton Hicks lah, rupanya mini contraction macam itu ialah supaya melatih otot2 untuk sentiasa ready dgn contraction. Hm mini contraction pun sakit apatah lagi kalau dah betul2 kan? Maiged. Allah saja yg tau.

Ok guys, doakan aku dan baby selamat dalam masa proses perjuangan ya. Semoga dipermudahkan segalanya2. Buat ibu ibu yang bakal melahirkan dalam masa terdekat ini juga, semoga selamat hendaknya. Positif, dan paling penting ialah doa suami dan orang tua. Jgn lupa selawat bebanyak, antara penawar sakit juga.

P.s : 14 Mac & 21 Mac adalah appointment kami laki bini ikut kelas Father Friendly di Hosp Likas. So, ai akan update apa yg kami pelajari di sana ok. Ai is excited sebab akhirnya laki ikut juga kelas yg sangat berharga buat ai dan baby kecik ini supaya nanti bila dalam Labour Room boleh temankan ai sesama dalam memperjuangkan khalifah kecil Allah ini. Syukur. Thanks Love.

Ok bye bye. Cuddle Xo!


Love you Mr Perfect. Syg baby. Ngeeeehhh :p

Sunday, March 8, 2015

Pengalaman Bersalin Anak ke-2 : Part 1 ; Bocor??

Assalamualaikum.

hi peeps :D

Harini saya sihat, dah rest sepenuhnya 2 hari ni. Syukur. Em kenapa dengan title saya dekat atas tu? Macam serius je. Hik hik hik. Dijadikan cerita .....

6 Mac 2015 (Jumaat) - 36weeks 1 day

Hari jumaat lepas, yes yang sangat busy di office. Hari2 pun busy sebenarnya. Sejak 2 weeks ago, mmg busy gila gila. Rehat dari busy kerja cuma 1-2 hari dalam seminggu, yang boleh lepak lepak, fb-ing, wechat, blogwalking, bla bla bla. Then sambung lagi busy semula. Berjalan jangan cakaplah, memang kerja saya kerap gila berjalan ke sana ke mari. Kawan kawan ofis memang akui juga, since Pembangunan 2015, dorang kata ai ni mmg busy kalah kalah VC. Hikhik!

Pagi jumaat tu, ofis ada aktiviti 5s. Even masa tu jugak tgh prepare slaid pembentangan projek pembangunan dengan TNC (Timbalan Naib Canselor). Tengah busy busy prepare slaid, busy lagi mengatur dokumen Mekanikal & Elektrikal dengan dokumen kontrak yang tebal gedabak itu, angkat kotak kotak, gilerr kan? Sampaikan my ladyboss cakap tapayah buat, tp saya tetap juga mau buat. Keras kepala! Appointment pembentangan projek pembangunan dgn big boss adalah pada jam 11 pagi. Husband pun join sekali sebab dia adalah Urusetia Projek di Sandakan. Slaid sy siap pada jam 10.30 pagi, tp tetap rushing jugak sebab mau tunjuk slaid dgn ladyboss Pn. Azlina, our Arkitek Kanan utk semak sebelum jumpa bgboss, tp tasempat semak sebab dia pun busy masa tu juga. So, sy print out 5 keping utk bagi boss2 yang lain.

Laki dah tunggu luar ofis dengan laptop dan projektor. Means kami akan 1 kereta ke meeting di Canselori. Laki bawa banyak barang, so laki cakap biar sy yg drive, masa tu dah jam 10.50 pagi. Sampai kat Canselori, sy drop Aras 5 sebab mau pinjam ext wayar, meeting tu di Aras 6. Sesampainya di aras 5 jumpa staf sana x dpt pinjam ext wayar sebab fullbooked. Hampa dan harap bilik meeting ada plug in point untuk laptop dan projektor. Mau ke Aras 6, naik lif. Tapi disebabkan kesuntukan masa, sy decide naik tangga. Penat pun penatlah. Biasa juga naik tangga kalau balik rumah, dah namanya rumah di 2nd floor. Degup jantung laju, nafas laju, penat, haus, lapar. Haha. Sebab breakfast pagi tu cuma susu dan 2 bun coklat. Mana tak lapo.

Dah jam 11.15 pagi, chairman belum sampai lagik. So saya pergi ke tandas jap. Keluar dari toilet nampak chairman dah masuk bilik meeting. So saya cepat2 ambik tempat sebab pencatat minit.
Selepas 1 jam meeting, dah packing everything. Then, pergi makan brunch di luar bilik meeting. Mee Hoon goreng dan tea. Sedap.

Dan!! Masa nak duduk tu, masa tgh pgg mee goreng tiba2 rasa macam ada semacam ja di seluar. Pgg belakang seluar dgn cover baik punya, rasa basah macam bukan basah yg lepas dari toilet mahupun basah berpeluh sebab dalam bilik meeting sejuk dabak. Emm, masa tu x terfikir apa2 lagi. Lepas makan, masa mau gerak balik ofis sebab yg attendant meeting mau gerak ke masjid lagi. Masa berdiri tu, tiba2 ternampak kerusi leather yang ai duduk tadi tembus. Wah biar betul ni?? Takkan terkencing HAHA! Mestilah kita rasa kan? Kalau terkena air masa mencuci lepas dari toilet memang tidak akan lah sebab saya dah lap dgn tisu dan mesti akan rasa tidak selesa semacam. Mmg 100% tidak. Masa gerak turun sy diam jak, masuk kereta cakap dgn laki, saya tembus. Apa ya? Laki pun blur, tatau mau buat apa sebab 1st time begini. Dulu masa Ayeep, overdue dan hosp yg pecahkan air ketuban. Ngeh.

Masa otw balik ofis, saya banyak google pasal bocor air ketuban, whatsapp akak2, whatsapp kawan2 lain. Semua suh ke hospital, suh refer doc takut betul2 air ketuban pecah. Hati memang tamau, tp memandangkan positif dan bimbang dengan keadaan baby sebab bila dah bocor boleh mengakibatkan infection kuman, baby lemas dan macam2 kompilasi pada baby. Cuak dgr! Sebab utama tamauu pergi hospital sebab takut di VE HAHAH! Boleh?? Cis alasan tu kan. Ckp dgn kawan2 yg lepak di pantri, cakap x mau pergi hosp, rasa mau nangis, rasa takut dan macam2 lah sebabnya memang takmauuuuu ke hosp!!! Takut ditahan lah itu lah, lepastu rasa mcam ndak ready ba beranak awal. Padahal dulu bukan kemain mau sgt beranak 36 weeks. Cis!! Tp kan dorang semua very supportive. Bagi semangat taputus2 tau . Love u all lah!!

Dan, lepas laki solat jumaat, dalam jam 2 petang laki sempat bawa balik ke rumah sebab barang belum packing lagi. Baju2 baby semua belum cuci. Omg! Sampai rumah, laki tolong cuci baju2 baby yg masih dalam bag laundry, tolong packing barang lain, dan ai sempat mandi dan cuci rambut. Kot kot beranak esok lusa, dah takbleh cuci rambut 2-4 minggu, Naya bau! Hehe. Dalam jam 4 petang gerak dari rumah terus menuju ke Hosp Likas, singgah Giant jap beli pamperss New Born. Masa otw tu, sempat lagi singgah McD sebab lapo amat sgt. Lapo sebab debar debar emmm. Dan, yg lucunya bila mau sampai di hosp. sempat merayu dgn laki supaya buat uturn, rasa macam betul2 ndak ready mau buat check up, ketakutan melampaui segalanya tp laki berkeras juga!! Laki cakap jg ikutkan hati sgt, fikir keadaan bby. Hmm ok love, ikut cakap suami. Ok...

Dan sampai hospital dalam jam 4.20 petang. Naik ke 2nd floor, register kaunter, staff nurse intebiu sikit sikit dan suruh masuk bilik penilaian. Ok bab masuk bilik penilaian , kita akan cont pula di part 2 ya sebab dah macam karangan sangat ni. Hehe..

Ok, guys....to be continued ya...Bye!!



Pengalaman Bersalin Anak ke-2 : Part 2 ; (Bilik Penilaian dan saya warded 1 malam)

Friday, February 27, 2015

Sensitifnya ketika pregnant

Assalam. Salam Jumuah. Salam Jumaat - Penghulu segala hari.

Ok, this is my first time menulis entri pada ketika ini di ofis. Sementara menunggu laki selesai solat jumaat, teringin untuk menaip intri.

Tetiba pop out keluar idea mau mengeluarkan tajuk "Sensitif ketika pregnant". Mcm hampes T.T

Tadi yes tadi...yang barusan punya kejadian...Pada jam 11 am, biasa gov servant ni (mcm ai ols) keluar untuk waktu rehat, sdgkan waktu rest adalah pada jam 11.15 am. So, ai whatsapp lah my bff si Julitah yg sebelah bangunan je tu utk bawa jenjalan konon-kononnya. Namun, macam biasa...respon dia adalah ..

"Hey mau p mana juga?? Panas ni. Doktor larang kita jalanjalan"

Terus ai tak reply2. Ai whatsapp adik ai lagik yg kerja di Bangunan sebelah UMS, di Persekutuan. Pun tak reply2 juga. Bertambahlah sedih hati ai ni. So, ai batalkan lah niat suci ai utk bawa mereka jalan jalan cari makan hee!!

Then..

Last choice ialah confirm membawa laki ai la juga kan. Tp jam masa tu sudah menunjukkan 11.35 am. Pujuk punya pujuk, ai cakap mau tapau jak. X mau makan di luar, di 1b. So laki cakap "Ba jom". Keluar dari UMS dan ada jem sikit2. jam 12.15 pm sudah. Waktu zohor (Solat Jumaat) laki ckp mau ready jam 12.30 pm. Ok ai kata sebab mau take away ja apa2 yang sedap2 di 1B tu. Tp sebelum ai bawa dia keluar, ai ada whatsapp dia begini :-

"Hmm mood ku sekarang ni rasa macam mau duduk duduk lepak lepak dlm stabak sambil minum choco ice" 

Laki reply ;

"wkwkwkwkww lain juga mood mu ni"

Actually, ai pun not sure apa sebenarnya terjadi dgn mood swing ku ini. Sudah macam mood Ayeep tiba tiba haha. Dan......sesudahnya sampai di 1b, laki drive dan mau cuba2 cari park atau double park di area Secret Recipi & Starbucks. Tp, ai make dunno ja. Laki bilang "aik babe? jadi ka ni mau take away? ba beli la fevret mu swak laksa di SR" Tp ai diam2 jak sambil ketip bibir dan buat muka confuse. Ok, lepas tu laki buat u turn lagi di roundabout. Tapi, ai tetap diam diam sambil ketip bibir sekali lagi. Tehee :D

Ok......dan Laki sdg buat muka yg masih boleh bersabar. He he. Tiba tiba ai bersuara..."Sang kita masuk balik UMS, sy tatauu mau makan apa, sy bingung" Laki pun terus diam dan drive balik masuk UMS , takjadi juga dia mau bebel2 dan bising2 sebab ada 10 min lagi jam 12.30pm, mau ke masjid katanya. Nasib la juga ada shortcut jalan dari belakang UMS, so tidaklah ambik masa queue panjang di trafficlight Rampaian dan UMS tu kan.

Dan! Ai request lagi..

"Syg, kita jalan dan makan di 1b lepas solat lah, Ok?" Laki angguk angguk ajee. Tp ai buat mata wink wink sebab takut dibebel haha!

Hm.. Kadang2 rasa bersalah sgt buat laki susah utk kita sebab sudah selama ni selalu kasi susah laki haha!! Tolong kemas rumah, tolong jaga Ayeep tolong itu tolong ini, tapi mau buat camana juga ba kan? Emm kenapa lah keluar segala perangai annoying begini?! Adoi.. Tp syukurlah laki setakat ni OK saja, tidak pernah pun marah melainkan benda2 yg sgt penting.

Tapi ai taktau lah dalam hati dia kan? Kih kih kih. Thank you loves! 



Dan lagi, sejak2 pregnant ni, pemalas betul mau mengemas rumah, mau masak lagi lah. Kemas rumah ala-ala kadar jak, kalau melipat kain lagi lah mau juga tunggu 1-2 bakul meninggi barulah rajin itu pun termuntah muntah sudah kain baru ada mood melipat hahaha. Jgn seja ni pembawaan baby ikut mcm mami nya ya. Palisssss! Beza betul dgn pregnant masa Ayeep, rajin masak gila gila dan kuat baking. Haha! Gigih btl buat Brownies Nutella malam malam dan boleh buat 5 balang Almond London masa puasa pulak tu.

Ok., at this moment, ai taktau mau makan apa utk lunch padahal tgh lapar! Mcm mau makan milkbutter chicken pun ada. Mau makan di Pancake Hs pun ada, mcm mau makan kek pun ada. Matailah begini. Tolonggggggg daku!!

ok ok sabar ko kiko....

Gambar atas adalah gambar buang balik pada last pregnant Ayeep. Kalau tidak silap masuk 8 months. Mcm comel je. Tehee :D - Ba ok bye2!!

Cuddles, Xo!

Tuesday, February 24, 2015

Baby produk yang sangat berbaloi!

Assalam peep! peep!

Malam ini ada kesempatan menulis mana yang sempat sambil tunggu laki ada war coc nya itu. Bikin belak kepala. Esok ambik cuti sebab laki ai outstation pulang balik ke Sandakan, Huhu! Geraknya lepas subuh, ambik first flight, mana taknye kena ambik cuti jugak. Hikkkk.



Maunya dijadikan cerita, haritu ada ai post entri pasal nak decide set bersalin i mean yg milkbooster punya. Tapi, ai lagi prefer Herbalife untuk kurus cepat hihi! Memandangkan ai dah membengkak dan membesar bagai nak johan, kena lah ambik Herbalife sebab tang tu je yang sesuai dgn badan ai hahaha. 3 bulan boleh turun cepat kalau konsisten minum + exercise tp sebab ai dah ambik set shaklee dgn my fren , lagipun takbleh campur2 supplement kan? Pening den.

Ok haritu, ada jenjalan dgn laki & ayeep ke Suria, saja nak buang masa weekend. So, pergi lah Mothercare di Suria Sabah. Ai ambik je apa2 yg ngam di hati. Ambik milk storage liner, ambik maternity pad, lepastu ambik airflow positioner baby (yg ni tiada dalam list ye). Tp yg ni beli di LittleMe, kegunaannya bila tidur baby akan rasa dipeluk ja kunun kununlah, lepastu boleh tidur sekaki atas katil dan tidak akan terhimpit biarpun i ols dah beli babycoat utk bakal adik ayeep. Tp, yg takbestnya ialah boleh pakai sampai 1-3 months je sebab baby kan cepat membesar, so pakai takat mana yg muat la kan haha.



alahai comel je tido dgn airflow tu kan?

Dan haritu tgh scroll down page Preloved Baby Kids dgn laki. Then tetiba tertangkap lah babyseat branded Chicco! Terus cepat2 bagitau laki minta beli sebab memang mau beli juga haritu cuma tidaklah jd kepentingan sangat tp penting juga sebab nanti kan adik ayeep akan masuk taska UMS, so kena train adik ayeep duduk dalam babyseat kot kot nanti daddy kan akan selalu outstation jd kalau mau bertiga je drive balik senang sikit (ye ye la tu alasan sebab nak beli kih kih kih). Dah tu harga terlaluuuuuuu murah giler iaitu RM 210 sahaja ok! yelah sebab branded UK, Chicco lagik. Mana tak terujeeee nya ai. Kata seller tu dia beli masa 2013 including stroller around RM 1k plus. Yes, memang ai ada review babyseat Chicco mmg kualiti bagus worth with price. Seller tu org Inanam, owner kedai PC di Taipan Inanam, means wife boss kot sebab dia suh staff dia antar babyseat tu masa sy dan laki tgh park. Dia pun kata seldom to use, mmg no defect, nampak masih baru lagi. Mmg berbaloi beli kata laki, jd senang jg hati ai kan sbb laki setuju akhirnya. Tq sayang mwahh ciked :D


See! Mmg worth it kan! Nampak macam baru beli 2-3 hari kan? Makesure u ol yg mau beli di pages preloved baby kids tu, tgk barang dulu sebelum beli, dan double confirm samada defects atau tiada. kang rugi ratus2 , menangis tak berlagu. 

Actually, ada 1 barang lg ai ada beli dari sana iaitu stand babybath tub tp harini tasempat nak upload sebab laki belum pasang lg. Kegunaan stand babybath tub ialah kita ibu2 yg tgh pantang nanti x susah2 untuk tunduk2 lg mau isi air panas/suam utk mandikan baby. just berdiri dan tuang air dalam tub sebab dah ada stand paras pinggang. Ai beli dari orang Papar dgn harga Rm90, NP ialah RM130 dia beli di KL, dan dia sendiri cakap kalau di Kk mmg susah mau dapat, hehe taktaulah betul @ tidak sebab ai belum review mana2 kedai lagi. Akak tu siap bagi free bathtub lg yg masih baru hehe happyyyyy kid once again. Then, akak tu cakap memang 1x jak dia pakai sebab dia ada dua stand babybath tub itupun dihadiahkan oleh kakakynya. Hehe sampai tahap reason letgo ai tanya kan utk langkah berjaga jaga sebenarnya. Ini contoh babybath tub stand tu. Siok kan. 



Oklah peeps peeps! Sudah masuk jam 12 am, laki dah habis war coc nya itu, so masa utk dibuai lena ulit mimpi. Good night all! Assalam byebye.

Cuddles Xoxo!

Sunday, February 15, 2015

Little Penyu Baby Swim Spa, Metrotown.

Assalamualaikum :)

Sabtu lepas kelmarin, ajak husband pergi Metrotown, konon konon mau shopping baju baby sikit sikit dekat Baby Wonderland & dah planning mau bawa Ayeep pergi spa baby, swimming2 macam tu sebab Spa Baby baru je launching 1st di Sabah. Pasal tu excited mak yung ni mau bawa Ayeep, tp bila buka web mereka, kena book 3 days before. Hmm terus hampah. Tp nak juga pergi tengok2, kira turun site camtulah. Lepas lepak dan makan makan di Lucy's Kitchen yg makanannya superb sedap gilos with worth price, dalam jam 3.45 pm, husb, ayeep and i pergilah jenjalan di Little Penyu Spa , actually next blok je pun, 1st floor. Bila masuk, kosong pulak, langsung tiada customer. So bila dah interbiu staff2 Baby Swim ni, boleh masuk kebetulan customer ramai dah balik & tengah free. Syukur, dan excited membuak2. 

Little Penyu Baby Swim ni buka dalam jam 10 a.m dan close pada jam 5.00 p.m, dengan potable water dgn suhu 35c-37c degress, ada 3 pool kecil untuk infant 0-6 months, 1 pool besar utk 6-24bulan. All staff memang ada certificate dan certified dalam massage infant course. So all parents takyah risau noh.



Kena tukar diapers khas utk swim. Comel je Ayeep haha!


Ayeep dah mula jadi supervisor site T_T


Dah tak sabar swim, masa ni dah ada customer masuk.

Massage time.. Tp Ayeep langsung tidak memberikan kerjasama yang baik. Hampes T_T


Ayeep sudah mula menjinak2 kan dengan air. Mula2 memang teramatlah payah, nangis meraung memberontak segala hahaha.
Yang baju pink itu ialah Puan Pemilik Spa Baby :)
She's very humble, supportive, motivated! Rasa confortable sangat bila kena guide dgn owner spa.


Dipaksa masuk. Owner spa baby sampai tolong ayeep


Pool untuk infant. comel kan!


Akhirnya, setelah 15 minit dipujuk, dah boleh main2 dgn friends. Hihi


Area yang paling ai liked. Ini khas utk breastfeeding area. Thumbs up!


Ok, thank you Little Penyu Baby Spa di atas layanan yg sangat motivated , insyaAllah we all akan datang lagi pada 28 Feb 2015 ni sebab masa pergi ni dapat buy 1 free 1, valid till 15th Mac 2015. Pasal tu kitaorg cepat2 book. See you soon! Ohhh..untuk price pula untuk pakej paling rendah ialah Rm48 per session for 30mins tp takboleh lelama sebab kesian parents yg tgh tunggu turn sebab space tidak mengizinkan hehe. Untuk review spa baby ni dalam facebook ialah, boleh KLIK SINI :)

Ok bye bye. Jgn lupa spend your time with baby ke sini! Cuddles Xo!

Friday, February 13, 2015

CHECKLIST : PERSEDIAAN KE HOSPITAL

Hi peeps.

Ai dah masuk 33 weeks hari ini. Macam biasa, backpain, braxton hicks sikit2, ala ala morning sickness, susah tidur & selalu lambat bangun. Magadddd! Terus bermacam fikiran "eh malam ni mau beranak dah??" don't baby don't..kalau mau keluar pun, biar tunggu full term ye. Hiks.


Tadi, belek2 barang baby yang dibeli sebulan lepas (sebulan baru tgk barang bertenggek dalam bilik sebelah kan) sebabnya mau cuci besok. Bukan barang baju2 baby pun, cuma beli tuala/hoodie & bedak2 je pun. Daddy ayeep cuma hadiahkan 1 set baju, itu jak sebab kami akan recycle baju2 ayeep yang lama. Masih nampak baru semua dan ada yg masih baru tidak berpakai pun. Almaklumlah beranak rapat rapat ni, recycle le jawapnye hihihi.





Actually, kami dua belum ready apa2 lagi checklist persediaan ke hospital. InsyaAllah dalam 1-2 minggu lagi akan prepare everything sebab ada banyak benda lg belum beli. So, checklist ni sangat penting untuk parenting. Tp, makesure jgn bawa barang yg sangat banyak dan simpan keperluan barang2 tu dengan kemas dan asingkan mengikut keperluan supaya senang cari nanti, tidaklah termengah2 mengorek 1 bag nanti. HAHA!




Mommy's ;
  • Buku kesihatan mommy/IC
  • Baju kemeja untuk senang direct BF baby. Jgn yg slimfit, kalau boleh biar longgar sikit agar pernafasan jadi lebih baik
  • Stokin tebal untuk elak masuk angin
  • Kain batik @ seluar longgar pun boleh (ikut keselesaan)
  • Sweater
  • Bahan bacaan
  • Minyak2 angin
  • Charger fon @ ipad
  • Toiletries
  • Selipar untuk kegunaan wad
  • Maternity Pad
  • Panties size beso untuk keselesaan selepas bersalin
  • Nursing bra
Baby's
  • Bag baby
  • Newborn diapers (bawa 2-3 pasang ok juga)
  • Baby wipe
  • Sleepsuit, mittens, booties (3 pasang)
  • Hoodie
  • Bedung
  • Towel
  • Fluffy Blanket
  • Bedak/Minyak telon/Minyak kayu putih/Bepanthen
  • Bag lain utk baju2 kotor baby

Hmm, macam masih lg segar dalam ingatan ai kemas2 bag ke hospital masa bersalin Ayeep dulu, semua main sumbat je, dgn makanan segala. Masa haritu lepas siap bersalin, tengah tunggu ayeep dibersihkan, sendiri gapai makanan dalam bag di bawah katil sebab ai dah kelaparan, bayangkan hampir sehari dalam LR, tunggu induce punya pasal. InsyaAllah kali ini, daddy ayeep akan ikut kelas Father Friendly supaya dapat certificate masuk dalam LR sama2 nanti, boleh juga tolong2 ai nanti, tolong bagi semangat perpaduan kan, jgn pengsan dah ye! Kelas Prenatal tu akan dijadualkan pada 14 & 22 Mac 2015 nanti, sebab ni ja jadual yg free di Hosp. Likas. Harap2 masa tu sempat ke kelas sebab dah masuk fullterm (36 weeks), woah mak aiihh. Doakan ya :)

Ok peeps! Dgn harapan entri kali ini dapat membantu sedikit buat ibu2 diluar sana dan semoga dipermudahkan semuanya yg bakal bersalin nanti. Aamin Ya Rabbal Alamin.

Ok Bye Bye! Cuddle Xo!


Tuesday, February 10, 2015

RESIPI SIMPLE BREAKFAST : BREAD CHEESE

Hi peeps!

Pagi tadi berkobar sikit buat breakfast heavy oily auch auch. Kelmarin kirim dgn husband suh beli Bread Gardenia & Cheese slice cheddar sbb acah acah mau buat bread cheese.

Feedback lepas makan bread tersebut ;- Mau kasi berapa bintang ya? kih kih kih! Aku boleh makan 2 set jak, sebab rasa masin sgt lepas letak cheese. Ada yg nak resipi? Ok meh ai habaq ..

Bahan-bahan :
Bread Gardenia (4 slice)
Telur 2 biji
Cheddar Cheese Slice (2-3 slice)







Cara-cara buat :-
Seperti di atas.

Hahahha ai dah malas mau taip banyak2, sebab yg ni tersangatlah simple. Tapi, saja je nak dijadikan stori, thehehe ok bye2.

Cuddle Xo!


Sunday, February 8, 2015

A short story.

Hi peeps.

Malam ini ada kesempatan untuk menulis. Sambil mendownload semua video kesukaan Ayeep dalam iphone, nah besok memang bersengkang mata depan nfon la on the way pergi taska ni, kalau tidak pancing dengan fon mesti meragam main2 sama daddy di stering sambil duduk di atas perut daddy, hahaha.

Minggu lepas, ai ada bengkel RMK11 di Grand Borneo 1Borneo. Dari jam 8.30 am sampai 9.30 pm ya, sakit badan tu jangan cakaplah. Belum lagi ikut si Julitah round 1B cari barangnya. Mcm mau beranak malam tu jugak ba. Minggu2 lepas pula time 30hb jan - 1hb Feb Retreat & Family Day di Beringgis Resort, hah ni pun sampai ke malam juga, lepas tu curik masa lg turun Putatan sebab Pengarah suh iolsss carik barangan elektrik utk lucky draw masa program Hari Keluarga. Yg ni dari jam 10 am gerak, sampai bilik jam 2 pm, lepas tu sambung lg dgn Arkitek Session. Huwarghhhh memang awal tahun sibukkkkkkkkk gilakkk nak died! Masa awal tahun aritu pun ada 2 bengkel seksyen ai arranged, the next day sakit sakitan badan. Kesian mak yung. Tapi, takpa manatau tahun ni rezeki dapat APC hak hak hak sebab my boss bagi mark kaw kaw punya. Alhamdulillah. Dgn segala beban yg ku pikul dan SYMP, dapatlah juga mark 91.7% - Syukur amat sangat, biarpun sudah tetap dan berpencen namun rasa bersyukur sgt sebab dapat bos yg boleh harap kita dan trust utk pikul tanggungjawab kerja yg berlambok lambok iteww.

Ok, kita stop pasai kerja ya.

Emm..jumaat lepas ada bawa husband pergi Poliklinik Jln Pantai utk scan 3D konon kononnya namun kecewa sedikit sebab kali ni baby ai meniarap. Sekali lagi. Haritu pun meniarap juga, docter sampai kacau bilaukan perut ai sampai mau terkucil jadinya tp baby tetap tiarap. Takpa, bukan rezeki kali ni mau tgk muka. Huhu. 

Dan, haritu scan masa 20 Jan, 29 weeks, masa 1st time mau scan 3D mau tgk muka baby tp takdpt, so doc cuma bagi result jantina baby tp masih belum official lagi sbb belum confirm. Masa lahir baru boleh confirm, kang cedih hati ai hik hikhik.






Lihatlah keGemS ai ni, dah naik 17kg omg omg! dari 57kg naik dadak nak died 74kg now now! Gilerrrr! Ai makan je apa ai suka, dari 3months sampai 8 months mcm hari2 mengidam non stop. Sebab nak ngidam hari2, lepas deliver and masa pantang nanti, semua ai mau pantang. So masa ni lah mmg melahap semua! Hahaha! Mmg diet kaw kaw punya lepas ni, dah teda masa lg. Skrg ni pun masih lg dlm fikiran mau decide ambik set Shaklee @ Herbalife. Dua2 pun boleh selim balik yg penting serius. Cuma beza Shaklee ialah banyak sangat set dan Herbalife ni cuma shake sja. Aihhh rindunya mau shake bah. Takpa tunggggguuuu saya pada bulan April ya!

Dan biarpun ai melahap terus, so far, gula ok, hb ok, AFI ok, posisi baby pun ok. Alhamdulilah. Berat baby pun dah cecah almost 1.9kg. Lagi 4 weeks to go masuk fasa boleh beranak bila bila masa (36weeks). Thehehe barang2 semua belum ready, lagi 2 weeks husband akan tolong pack. Tq love :*

Ok byeeee peeps! Cuddle Xo!

Monday, January 26, 2015

Header baru lah!

Dua tiga hari gemar update blog. Hari ini update header baru lah.

Thehehe ok bye!

Sunday, January 25, 2015

During pregnancy - (Problem with nursing bra)

Thehehe!

Maaf, post agak *** sedikit untuk intimate yang 18 tahun ke atas , bagi para ibu, para ibu menyusu & para bakal ibu sahaja ya. Hihi. 

Dijadikan cerita, 2 minggu ni aku asyik merungut sebab my nursing bra sudah semakin sempit dan semput. Ya Ampun! Sebulan lepas beli di Triumph, dua set dgn harga promo. Tapi hampeh, sangat2 mengjengkelkan, dgn size C75, support wired dah tercabot, Rupanya size C75 itu tidak sesuai utk aku lagi, Oh patutlah, sambil [chuckle] HAHA! Sayang duit beli bra branded tp dah rosak.

Kelmarin, bawa laki round Parkson utk cari bra baru, thihihi! Masa tgh belek belek dgn advisor asst tu tiba2 ada sorang pompuan customer tu carik bra extender, bila aku pusing tgk, ooo rupanya wife ofcmates. Masa tu x perasan lagi dia tgh pregnant. Tiba tiba aku baru teringat "Ya kan, kenapa aku x carik jak bra extender tu?!" emmmm rugi rugi. Rugi sebab..sepanjang pregannt ni aku dah bazirkan 3 bra yang masih baru, dan sempit dan tak bleh pakai. Oh no no! 

Ok, panduan untuk membeli Nursing Bra pula meh ai nak ceritaqq sket. Buat masa sekarang, aku ada 2 nursing bra. Masa beli tu, aku masih menyusukan Ayeep. Best tu jangan cakaplah sebab ada button boleh buka untuk nursing baby anytime. Yg tu brand Sorella. Harga biar mahal sikit tp bagus utk mommy. Serius.

Maybe bila aku dah masuk 32/34 weeks, mau survey dalam 1-2 bra utk standby bila masa berpantang, kot kot ditahan di hospital lagi kan, kita x tau apa akan jd bila giving birth nanti. Lagipun, dulu ada history dgn G6PD Ayeep, kena tahan 2 minggu dalam ward, dah takbleh shopping jgn nak memandai yer! Nak suh laki kang beli yg ntah pa pa, nayooo kita dalam ward HAHA!

Agak agak brand Mothercare ok juga sebab bila review bra during pregnancy and after birth rata rata ramai yg recommended Mothercare, tp price agak nak cekik darah juga tp takpa utk baby, mummy sanggup ya! 

Ok mehh ai belanja selfie. Muah ciked :D Bye!!



Tuesday, January 20, 2015

Set Berpantang & Supplement ; 27weeks (3rd Trimester)

Assalamualaikum.

Hari ini tergerak hati lagi untuk mengupdate belog. Kali ini sy mau share pula Set Berpantang bersalin & supplement yg sy ambik sepanjang pregnancy. Yes, my 2nd pregnancy.

Sepanjang pregnancy, masalah yg paling teruk sy alami ialah keputihan & ruam. Kalau dibiarkan memang akan berlarutan  berbulan bulan dan syukur Allah temukan sy dgn penyelesaian keputihan sy iaitu Jamu Susuk Dara, kebetulan ipar sy agen tegar. Semoga asbab sy menyelesaikan prob sy ni, keputihan sy akan beransur pulih la ya. Masa pregnant Ayeep dulu, keputihan sy tidak seteruk begini, mungkin juga faktor stress di tempat kerja. Masa dulu dpt boss yg supportive & sporting gitu kikikiki. Kali ni kerap kali balik lewat, kena standby dlm Bengkel sehari sampai bersakitan 1 badan. Kesian mak buyung ni -.-
Lagi 1, panties sy tdk boleh lambat tukar, begitu juga dgn pantyliner. Mesti kena dan wajib pakai even ramai kawan2 suggest jgn pakai masa pregnant. Tp kalau sy x pakai, ruam akan cpt naik, bila dah ruam naik, keputihan pd ketika itu sangat teruk. Pasal tu lah..So sy akan konsisten pakai Feminine Wash JSD & Masker Vagina utk turunkan ruam. Alhamdulillah 3 hari boleh nampak kesan
baik. Don't worry, ibu mengandung boleh pakai & tiada effect sampingan ye.

Ok utk masalah ai dah settled. Sekarang ni pula set berpantang. Haritu sy byk research psl set berpantang. Dulu 1st baby, sy ambik Leesa Formula, suggest drpd my Kak Long. Ok tu ok jugak, cuma  dari set lulur, lilis, tiada include. Tetiba haritu terbacaaaa lah blog Kak Engku Bidan Bersalin ni dan terbaca juga pasal Set Berpantang Spa&Ma. Dan reviu daripada set ni Alhamdulillah semua dpt positif feedback. Yg bestnya banyak include lulur, lilis, minyak gamat, lotion shape, ada pil utk sembuh luka, ada VCO, ada feminine wash, ada tungku, ada bengkung & siap ada buku panduan lagi. Best sampai tdk sabar mau bersalin hik hik hik 


Inilah dia Set Bersalin Spa&Ma, beli daripada page FB Helyani Cosmetics dgn harga Rm269 incld postage & siap dpt free gift. Alhamdulillah dpt jgk free Sanggul Fatimah. Kebaikan sanggul fatimah? Hehe anda boleh google ya :)

Untuk supplement yg sy ambik spjg pregnancy ialah...Iberet 2 biji sehari, Osematrix @ Calcium 2 biji sehari, Peppermint Ginger (awal2 kandungan) & Jus Maixara Collagen & Extra Virgin Coconut Oil (baru hari 1st minum). Dulu ambik calcium daripada Amway. Masa tu dpt beli dgn Kakak. Tp sbb susah mau dpt, beli dgn kawan jak calcium Shaklee tu. Yg peppermint tu pula sy consume sbbnya masa awl2 pregnant selalu burl. X tahan mau berjam2 burp, berangin sgt. Google punya google rupanya boleh makan Ginger Shaklee tu. Ok sikit lah.  Jus Maixara tu pula utk kebaikan anti aging & mau cantikkan kulit spjg pregnant ni. Baru perasan masuk 7 bulan ni belum ada tanda2 stretchmark, itu pun cuma bekas masa pregnant Ayeep sampai skrg belum total lost. Alhamdulillah pregnant lg kali ni tiada keluar langsung pun. Cuma bekas tu dlm progress hilang. Utk Extra VCO pula harini 1st time minum. Selama ni fikir mcm minum minyak jak tp rupanya sedap pula hehe. Dulu pernah beli tp x pernah pakai pun. Hehe sygnya beli. Dan bapa mentua ada buatkan khas & mmg original buat khusus dr kelapa pun tak pakai pakai. Ngeh3! 


Hah ini dia antara supplement yg sy ambik. Best kan pregnant hehehehe. Lagi best kalau x sabar mau bersalin, x sabar mau berpantang, x sabar mau cuti 3 bulan, x sabar mau exclusive BF, dan paling x sabar mau kurus balik kah kah kah.

Ok, sampai kali ini coretan tgh tgh malam buta. Babai.

Assalam.

Sunday, January 4, 2015

Pregnancy Journal - 6 Months

Assalamualaikum!



Alhamdulillah di awal tahun ini tahun 2015, aku masih berkesempatan mengUpdate laman belog ku yg sdh hampir 5 bulan ditinggalkan. oh well...selalu begitu. Bila ada kelapangan , haruslah konok update. 

Tidak lupa untuk mengucapkan "Salam Maulidurrasul!"..Semoga kita terus hidup dalam kehidupan sunnah Rasulullah biarpun kita sering alpa dalam kekhilafan duniawi.

2nd Trimester;-

Saya sudah pun memasuki trimester ke-dua iaitu 6 bulan 3 minggu. Lagi seminggu akan masuk trimester ke-3. Allah..semoga aku terus kuat, semoga saat saat genting contraction tiga-tiga minit itu aku semakin lupa, bila teringat lagi checking VE. Magaaadd! Ampuuuunnn. Hahahaa. Tapi saat-saat genting itulah buat aku terus KUAT bila fikiran positif kita bahawa setiap sakit melahirkan zuriat di dunia ni ada pahalanya dan gugurnya dosa dosa seperti bayi yang baru lahir, maka tercatatlah zihad bagi seorang IBU, Jadi, beranak lah selagi boleh ya? Hihihi.

Yang tu masuk bab pahala sakit melahirkan dan saat melahirkan. Belum lagi masuk pahala menyusui anak sehingga umur 2 tahun & berjaga malam dengan ikhlas dan sabar ketika anak sakit. Sayang sungguh Allah pada wanita kan. 

Ok kita berbalik pada cerita kita yg asal. Jumaat lalu, saya ada bawa husband untuk next review di Poliklinik di Kingfisher. Alhamdulillah feedback docter tu sangat memberansangkan, hmm berbanding dengan dokter di Permai Klinik Likas. Sakit hati pun ada tp husband suruh positif jak. Ngeh ngeh. Biarpun advice dia 45% saya bersetuju, tp itulah kali terakhir saya akan berklinik atau apa2 saja. Titik! Actually, docter tu bengang dgn pendapat saya sebabnya mau berklinik dua2 minggu. Dok tu cakap saya cuma membazir tenaga, masa dan duit, dan cuba membandingkan orang2 tua dulu kita yg tiada kemudahan berklinik tp tetap juga sihat, besar besar dan kuat. Err saya dan laki pun start buat muka retarded tanda kurang puas hati. Dan dok tu siap cakap "eh dulu org2 tua kita kalau berputung pun pakai gunting kain tau" HAHA amboii ini dokter ka apa ni? Mmg la masih sihat, besar besar dan kuat tp pada zaman berteknologi dan peredaran masa sekarang ni, doc akan bagi jaminan apa apa kah guna gunting kain utk czer? Sampai ofis, mcm2 terfikir. Sebabnya saya dan laki decided utk berklinik di panel UMS sebab banyak kengkangan kerja yg melampaui batas tidak mau bertunggu lama di klinik gov. Huhu. Bila kita sudah mulai berklinik di swasta, dan tidak konsisten pula tu, saya takut ada apa2 terjadi. Contohnya Bleeding, no kicking baby & tiada movement, tiada klinik yg akan bertanggungjawab, dan kita berbalik pada dok di Likas tu, kalau dia tidak setuju untuk berklinik dua2 minggu pada 6 bulan ini, dorang akan responsible kah dgn kes yg tidak diingini?

Dan sebab saya sabar dan sabar, akhirnya klinik Kingfisher juga menjadi pilihan hati kami. Sangat2 full advice, penerangan dari A to Z. Syukur. So, kandungan baby saya semuanya OK! dah boleh nampak baby tgh santai2 tgn di atas, asyik kicking masa tgh scan, aktif sgt! Bab gender pula kami pun dah tau cuma tak boleh excited dan confirm sangat. Official announcement pun belum ada lagi, a bit happy tau gender daripada scan docter tu, so kena tunggu lagi end of this month lah. InsyaAllah kalau tiada halangan. Aamin.

Bab baju, stocking, rompers, jumpsuit buat masa ini kami akan terhadkan untuk beli sebab akan recycle dgn baju2 Ayeep. Yg keperluan barang lain mungkin masuk 7-8 bulan akan beli perlahan-lahan. Tp yg paling saya excited ialah babycoat, breastpump & sterilizer. Alhamdulillah tercapai juga beli semuanya, sebabnya masa 1st pregnancy belum ada pengalaman lagi, banyak benda kami miss, dan selama 2nd pregnancy ni ada rezeki lebih kami mulai pelajari sikit2. Syukur. Babycoat Ayeep kami beli di furniture, ala ala dari iKea! Suka sangat, tq husband utk support tdk putus2. Begitu juga denga breastpumping Medela Freestyle, yang ini mmg idaman hati dari 1st pregnant tp rezeki masa tu tidak kesampaian dan dpt BF ayeep sampai 5 bulan, masa tu ilmu di dada tidak mencukupi dan main bantai jak. Menyesal kemudian tidak berguna huhu. Kali ini saya dah pasang niat siap2 sambil dapat sokongan moral dan padu tidak habis2 oleh sang suamiku. Hehe. Breastpump Medela ni saya dpt daripada Sabah Preloved Kids page FB, mula2 nampak di fb kazen yg tgh cari breastpump then ada beberapa seller ni yg promote, dan ternampak Medela ni, sy pun cepat2 PM seller tu utk booking. Dia buka harga RM1,000 masa dia beli RM1,800. Tp kondusi pumping tu sgt TIP TOP dan dia tidak pernah guna tp cuma Testing sahaja. Mostly semua items masih dalam plastik, dan ada yg belum berbuka dari plastik. Alhamdulillah rezeki saya! Weekend tu saya singgah rumah dia untuk cek barang dan sangat puashati terus angkat on that time! Yipiiii!! Semoga kali ini istiqamah dan niat mesti betul, semoga Allah pilih saya untuk full BF baby sampai 2 tahun secara eksklusif. InsyaAllah.



Ok masuk cerita excited ku yg last ialah sterilizer Avent. Masa ni jalan jalan dgn laki di Kk rabu lepas sebab mau cari bumper utk babycoat di rumah, 1st locatian pergi Avenue di Times Square tapiiiii rupanya sdh close. Huhu penat jak jauh2 jalan rupanya tiada hasil. Then suggest laki minta bawa pergi CityMall sebab haritu LittleMe sana complete dgn barang baby. Bila sdh dapat bumper and the rest, mau lagi cari sterilizer. Fungsi sterilizer ni ialah untuk cuci botol, totot ayeep dan pastinya storage cup breastpump nanti. Harga Avent Sterilizer ialah dalam Rm379, yang ni laki belanja sempena bonus separuh gaji yg akan datang hehe lepastu dapat voucher Rm50, so angkat lagi baju baby girl utk anak buah laki, Baby Hana. Steril ni sgt2 bagus dan recommended. Hanya tekan on, dan keluar wap selama 8 minit dan boleh guna botol2 tu. Lepas tu botol yg 11oz Avent tu pun boleh masuk, dan ada 2 tingkat. Waaah sangat2 best! Tq sayang! 
Ok yg atas steril tu ialaah storage milk cups, harga Rm70 ada 10 botol. Mula2 mau beli yg jenis plastik tp cuma 2-3 penggunaan sahaja, means pakai buang. Rasa membazir pula kan. So angkat yg ini lah hehe!



Waaaaah dah makin panjang lebar rasanya. Yg ni cerita utk 5 bulan  lepas tak cerita cerita kot. Har har har. Ok sampai ketemu di lembar lain, laki dah balik so rasanya nak dinner. Kalau ada stori lagi akan dikongsikan di sini. Tungggggguuuuuuu!

Bye!