My 2nd Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Friday, August 2, 2013

Seminggu cuti

Assalamualaikum!

Hari ini masih berkesempatan ber-belog & update gambar lama, update new gadget. Lol. Lucu habis sbb blog ni entah apa2 je eh! Serabai teruk!

Nak dijadikan cerita, hari ini dengan jayanya saya dah seminggu bercuti. Yah cuti bersalin. Bersalinnya tak tau bila, hehehe. Dan,memandangkan saya kurang malas mau masak untuk iftar suami, hmm kurang malas ye..so saya decide untuk bawa suami berbuka di luar. Tempatnya belum fikir lagi. Biasa semasa perjalanan ke kk, akan google mcm2 menu. So, saya terfikir mau makan di Kenny Rogers. Actually, haritu lagi tp family dah invite berbuka di Novotel Hotel, so we cancelled it. Well, citarasa hasben ni agak pelik sikit. Menu ala2 barat ni dia terus terang, sangat tidak menarik perhatian dia. Sampai bandingkan masakan telur + kicap & Kenny Rogers. Ya ampun sampai gitu sekali citarasa mu sayang. Lagipun, sebelum kahwin mmg itulah antara fav makan dia. Pasal tu size badan x beso beso agaknya haha.
.
Kami gerak ke 1B, dalam jam 2suku sebab hasben ajak tgk R.I.P.D, so dgn itu saya dgn sukatinya menurut sahaja. Lepas tu, jalan2 kejap buang masa, pergi Parkson, tiba tiba teringat bag baby belum beli lagi. Yg sedia ada tidak cukup besar sbb saya tau mmg banyak barang baby yg sy perlu sumbat. Experience belum ada lagi, harap2 2-3 bulan lepas ni it will be ok. InsyaAllah.

31 Julai yg lalu, kawan ofc dah selamat melahirkan anak. Due dia sepatutnya 26Julai. So dah 6 hari overdue. So, saya bila lagi? Hehe sabar...jgn tergesa gesa, biar semuanya berjalan dgn lancar, dgn izin Allah. InsyaAllah. Minggu dpn dah raya, adakah baby saya akan jd baby syawal? malam takbir? Wah excitednya saya! Ok, don't rush baby. Pelan pelan k?

Okay pepol, its 11:24pm, hasben dah tido depan tv. My simptom lately ni, mmg susah mau tido. Biasa dalam jam 2-3 am baru lelap itupun dipaksa paksa. Baby pula aktif sangat. Mmg non-stop bergerak kiri & kanan. Nafas susah mau dikawal, asyik2 mengeluh. Hairan suami ingat mengeluh pasal apa ja. Kih3! Oya, kelmarin dulu saya sempat bawa hasben pergi Klinik Permai Kingfisher memandangkan saya saja2 mau ikut dia jumpa kawan & i need grocery shop. Bila pergi scan baby, Doc Ellen ckp mcm lama lagi masuk pangkal. So, i think due yg doc KKIA bagi tu mungkin ada silap. Tarikh due 14 Ogos 13 tp dalam scan 19 Ogos, confuse kejap mau ikut mana satu. Wife kpd kawan hasben, tarikh due kami sama 14 Ogos 13, dah selamat deliver 30 Julai tu, sob3!! Awal seminggu pula kan? Masa scan tu, doc ckp berat baby dalam 3.04 kg. Wah kalau dah dekat2 40weeks agak2 berapa beratnya tu ya? Tawakkal ja. Apa2 pun redha & ready semuanya. Ok gambatee chayok!!

Oraite bye pepol! Love ya XOXO!

Monday, July 29, 2013

Tunggu hari - Almost 38weeks!

Assalamualaikum.

Well, sy dah start bercuti hehe dan ramai yg annoy with me sbb cuti awal. Hihi3! Walhal, sy dah tension dgn kerja kerja ofis dan tiba masa untuk sy rest sepenuhnya and lets focus with si baby dalam. Bcs, ramai yg x tau pressure camana yg sy hadapi di ofis, mana yg suka tengking2 ntah pasal2 ja kan. Sabar sabar.

Actually, due sy 14 Ogos 2013, tp we didn't know bila bila masa ja boleh bersalin kan? Dengan izin Allah SWT juga, insyaAllah. Esok sy dah masuk 38weeks, YaAllah tinggal 2 minggu lagi. Tidak sedar! Tp, lately selalu mimpi akan bersalin dalam masa terdekat. Rasa mau bersalin ja dalam esok, lusa..Tidak sabar! Tidak sabar!

Semalam was disaster! masuk tidur dalam jam 3am. Asyik melekat dgn fon sampai habis battery. Xtau lah kenapa susah mau tidur. Bercampur perasaan mungkin? So, untuk melelapkan mata, sy register under Sophie Paris buat bisnes online/offline. Haha! Ntah apa2 jaa kan. Kelmarin pula, iftar dengan my big lovely family di Hotel Novotel 1 Borneo.




So, ni la my big family. Tp belum masuk semua lagi. Masa ni semua dah kekenyangan mcm ular sawa ha ha! Ok guys, pray for me, may Allah ease for everything. Klu dah selamat bersalin, sy akan update secepat mungkin. Ok tata!


Sunday, July 14, 2013

05 Ramadhan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita dah sampai pun 5 ramadhan. Sy baru ja 3 hari berpuasa, tapi hasben bising2 tidak suruh. Sampailah 2 hari sy muntah2, 1 makanan x dapat masuk. Makan jak confirm throw up back. Kesian baby dalam. 1 hari tidak makan, tp Alhamdulillah, pergi klinik semuanya ok.

Hari ni, masih xdpt berpuasa sbb perlu kembalikan tenaga yg sudah terbuang. Baby pun kembali aktif. 35weeks already, next week exactly 9months. Semua org ckp tunggu hari lagi, wah nevesnya! Mudahan ok ok seja la ya, dgn izin Allah. Amiiin.

Hujung minggu ni, spend time ja dgn husband. Tidak keluar pergi mana mana, kelmarin husband bawa tgk movie tp hampanya sy tgh sakit, so cancel la. Lagipun hari ni hasben mau masak udang goreng masak kunyit. Haha i dont know la mana resipi dia dpt. 2 days ago sy pula yg masak ikan masak lemak cili padi. Hah itu terbaik. Daripada membazir pergi bazaar better masak sendiri di rumah. Sy pun heran since pregnant masuk ke trimester 3 ni rajin gilokk google resipi & tgk channel food network. Alhamdulillah dah pandai masak sikit2, cuma kena asah sedikit lagi bakat tu, ahaks! Tadi tiba tiba suarakan dgn hasben minta belikan oven murah murah, then dia jawab...emm pelan pelan ya sekali tgk tidur lah pula. Hah ni kes mengelak la ni. Hahahaha, ok lepas dia bgn nanti tanya lagi har har har.

So anyone yg mau letgo oven yg sdh berkurun tidak pakai pakai tu boleh lah jual dgn sy, kekekeke. Oh ok by bye all. Happy fasting & selamat beramal. Bye!

Sunday, June 16, 2013

Weekend

Assalammualaikum!

Alhamdulillah, kelmarin dah selesai sesi pendaftaran & sesi taklimat di UiTM bagi kos Pentadbiran Awam. Dgn harapan sgt permohononan cuti khas tu approve. Tp bila fikir balik, mcm mls lah mau tangguh tp bila tgk side effect pula, dgn keadaan yg akan sarat nanti, pikir bila masa bersalin, pikir itu ini, pikir assignment, pikir kelas, pikir exam. Hoh taksanggup i. Hasben ckp dari sy jak mau continue or tidak, huhu serba salah lagik. So decided, ambik cuti khas je lah. 

Semasa sesi taklimat, aku duduk tepi dgn sendiri jak, sbb dtg lambat. Yg lain awal dtg. Masa dgr taklimat Ya Allah, baby dlm malar bergerak sana sini, tendang mommy. Hihi. Pastu whatsapp hasben sbb kelucuan perangai di dlm ni. Dlm masa 5 minit tu kick habis, takut2 juga org sebelah naik hairan. Lepas makan tghari, barulah ada masa kenal kenal dgn yg lain. Mula mula tu mmg awkward sbb dtg taklimat dgn perut besar2 kan. Tp tp tp.. mereka sgt memahami. Thanks guys! Ada yg start conversation "Em bila due?" Ok lah kan. So dgn conversation mcm tu, semangat dah naik. Banyak lah pula soalan aku tembak2! Har har! Apa2 pun kita jumpa di Sem 2 lah k? Sem ini i cuti dulu ye.

Lepas reg kemarin, hasben ajak scan baby. Sebab sy xlarat sgt berjalan dan xda plan di hari sabtu. Masa mau scan baby, tunggu turn dlm setengah jam. Gila lama. Bila scan, Alhamdulillah keadaan baby dlm aktif. Berat baby dlm dah masuk 1.7kg. Kita kejar lagi biar sampai 3.0 k syg? Biar beso beso sikit. Dan, masa otw balik rumah, sy dapati yg sy lama x makan calcium. Ohh patutlah badan sengal sengal, pergelangan tgn mau masuk 2minggu x bgs2. Hrp2 bila start balik mkn calcium, tulang2 ok, manatau baby pun cepat besar kan. Biasa yg sakit2 bdn tu, bby dlm dah serap segalanya kalsium dr tubuh ibu. Takpa, sharing is caring right hehe.

Ok guys, hari ni (Ahad) nothing to do. Lepak dlm bilik, hasben overtime. Plan nak jln dgn siblings tp si kembar merajok konon kononya penat. Ish. Oraite.. sampe ketemu lagi yah! 


Wuah dah gemok lah. K babai. Xo!

Thursday, June 13, 2013

Kiko's Day.

Assalamualaikum!

Hari ini KJ maklumkan Hari Keluarga Jabatan akan diadakan pada 24hb Ogos. Maksudnya semasa sy tgh confinement. Oh man. Sedihnya life. Staf lain tgh syok syok sukaneka, lucky draw, tgh bdk2 happy main pasir dan sy pula duduk di rumah. Oh tidak! But nevermind. Pandai juga KJ we all pujuk staff2 yg masih duk pantang2, nanti akan ada pertukaran hadiah. So fair juga kan. Hihi. 

Lusa ni, 15hb sy kena dtg UiTM utk register kos Pentadbiran Awam PJJ sy tu. Masa apply, tawaran masih dibuka, kandungan baby pun masih 2bulan lebih. Mls pula tunggu lama2 mau isi kan. Dah tanam niat lama dah cuma malas tu yg jd kengkangan haha. So bila dah apply, x sangka pula register lama lagi. Rupanya dorang delay. So kuliah pun start lambat, bila dah start lambat, sy pun x dpt buat apa2. Kandungan makin besar dan masa bersalin pun makin close. So sy n hasben decided utk tangguh sem, means Bulan Dec lah sy start kuliah. Lepas dah habis pantang, baby pun dah besar, hasben pun bole tlg jagakan sementara mommynya senang hati ke kelas. Harap2 perjalanan semasa pendaftaran nanti dipermudahkanlah. Mudahan ok jak, diluluskan utk tangguh sem. Surat dah ready cuma yuran ja belum settle. Keh3!

Ok guys, you all dah ready utk Ramadhan nanti? Sy ni yg x sabar sbb dugaan semasa pregnant ni sgtlah besar. Dugaan utk dpt pahala lebih. Kalau boleh biar full puasa. Supaya baby dlm pun dpt rangsangan awal kan? InsyaAllah. Selepas berpuasa pula jeng jeng jeng my turn pula delivery. Nevesnya! Bila dgr pengalaman kawan ofc, mcm2 ilmu kita dpt sampai x mampu memori ni mau tampung, x tau mana 1 mau ikut. Kalau boleh mau cari air selusuh dr Mekah tu. Anyone mommies here knows how to get that? Klu kita minum tu InsyaAllah sng perjalanan semasa bersalin tu. Dgn Izin Allah juga kan? Klu tau, bole drop komen sini thx guys!

Ok, i have to go. Hasben ada overtime lagi malam ni. Daku bersendirian oh oh oh..hehe! Oraite babai :)))

Tuesday, June 11, 2013

7months 2weeks 3days

Assalamualaikum!

Yeah hari ini ada kesempatan lagi untuk berbelog. Husband pergi main futsal, so belum dinner lagi. Jam menunjukkan tepat 10.00 pm. Kenapa berlapar? Jam 10 masih x makan2 lagi? X kesian baby? Ok ok ok, bukan berlapar. Actually, sy skrg kena kawal pemakanan untuk tidak overweight. Almaklumlah...genes sy ni cepat sangat membesar. Makan kejap naik 1kg, tp bila diet sikit2..turun pula. Bukan senang tgh pregnant ni, bermacam dugaan kita kena terima. Masalah sikit kena refer docter, kena masuk makmal, ambik darah. But nerermind, sy x kisah langsung, x mengeluh sikit pun. Besar pahala tau kalau time2 sarat mcm ni, kita sebagai ibu hamil banyak bersabar. Hah ingat tu kawan-kawan. Hihi

Isnin lalu, sy kena ambik mogtt (test glucose) I really didn't know what specific name of mogtt. Anyone here knows? Ok mogtt ni kena ambik sebab berat sy dah terlebih lebih. Ok i have to keep my actual weight here, paling memalukan dan sensitif. Kah kah kah. Walhal sy dah berusaha keras untuk maintain berat tp failed. Sedih! Tp logik kah kena maintain berat sepanjang 3 minggu? Logik? Oh i don't think so! Apa2 pun jawapannya, mogtt @ glucose test lah jawabnya. Fyi, glucose ni WAJIB diambil untuk ibu hamil yg berumur 25tahun ke atas, no excuse. Yg bawah 25thn kononlah bertuah tapi tapi tapi depends on berat badan. Klu mendadak naik, konfem disuruh minum. Rasanya dah berpuluh artikel sy baca psl glucose ni. Ada yg ckp lepas muntah2, ada yg xtahan lepas tu berenti..lepas berenti kena start dari awal, sebabnya x boleh berenti dlm masa 5mins. Dan, masa sy minum isnin lepas, Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya ok! Seriously Ok! Petua rahsia ialah, sebelum dipanggil nurse, kena tenangkan diri, fikiran x boleh melayang2, sebelum minum tu jgn main redah jak, selawat ke atas nabi, baca AlFatihah sekurang2nya sekali, mohon dipernudahkan. So bila sy start minum selepas amalkan petua rahsia tu, mmg x rasa apa2 manis air tu. Rasa air tu mcm sirap merah yg terlebih 5sudu gula. Hehe! Keluar dr makmal, husband sengih2. Hairan beliau kejap ja. Eh? Hah tu la petua rahsia paling mujarab di dunia. SubhanAllah.


Then, nurse ckp...boleh balik tp kena dtg balik selepas 2jam. So sy bw hasben balik rumah mentua. Dekat ja x sampai 5min sampai. MIL suruh rehat, jd sy ni apa lagi...bantai tidur haha. Mmg akan rasa lemah lemas lepas minum air gula apalagi diambik darah kan. Selepas 2 jam, ambik result. Result sgt memberansangkan. Dpt 6.8...Klu x normal dibawah 4-5 mcm tu. Selepas 30min tggu doc, dah boleh pulang. Fuh legaaaaaaa!

Ok lepas ni kena kawal lg pemakanan, kalau tidak..glucose lagi! Doakan sy ok ok saja k? Lets counting until 14th Ogos, heyy x sabar. Ok guys, baby Aliff dah majokkkk tendang2 mommy ya. Sorry son. Sama2 tunggu daddy sampai, minta tlg ddy buatkan hot milk k? Mlm ni minum susu and bread ja k? We both love you bah.

Bye2!

Friday, May 24, 2013

Welcoming baby 7 months already

Assalamualaikum!

It's 4 months I never posted anything and I was like huhuhu pity me. Rasanya baru hari ini ada kesempatan untuk menaip sendiri sendiri. And I excited giler to tell how was my baby bump right now. Its huge! Rasa macam sekejap jak membesar. Sejak 3-4 minggu sebelum, sy dah start rasa tendangan baby. Perasaan tu jgn cakaplah. Happy + nikmat + bersyukur semua dah campur 1 perasaan. Laki ikut excited bila pegang perut. Oh cute! Jadual baby menendang pun sampai sy hafal. Biasa dalam jam 10:30 pm @ 1-3 am memang baby start bergerak. Rasanya kalau dah delivery baby akan aktif dalam masa2 mcm tu ka ya? Huhu risau lah mommy ni sayang!


Good news for me and bloggers too, so far dah 3x scan dekat HQ Permai Poliklinik untuk gender memang ketiga2 result is BABY BOY! Tp, kalau bukan baby boi pun we both tidak kisah. Sbb x merancang pun baby apa yg mau. Sbb baju2 baby pun semua yg mix. Cuma nama tu ja dah set, kalau lelaki Khaliffie Omar dan kalau perempuan Khalisah Umairah. Wah comelnya nama! Hihi.

Haritu sy review seminggu lepas, ingat kena suruh minum glucose, rupanya tidak. Berat tetap maintain since awal bulan tu. Nurse cakap kena maintain lagi 3 minggu. Ah giler! Giler! Mau makan apa 3 minggu ni? Lunch x sah la kalau x dapat makan nasi.Gastrik naik. Sedihnya life! Tapi!! sy dah ready pun kalau kena minum glucose tu sbb alaa rilek ah rilek ah. Haha makaaaa.... %^&$#@!

Ok lah, tu ja la. Next month dah masuk 7 bulan. Review at 7th June, yeah dah start kira kicking baby. Yeah! Ok guys, be right back! Bubye!!