My 2nd Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, June 11, 2013

7months 2weeks 3days

Assalamualaikum!

Yeah hari ini ada kesempatan lagi untuk berbelog. Husband pergi main futsal, so belum dinner lagi. Jam menunjukkan tepat 10.00 pm. Kenapa berlapar? Jam 10 masih x makan2 lagi? X kesian baby? Ok ok ok, bukan berlapar. Actually, sy skrg kena kawal pemakanan untuk tidak overweight. Almaklumlah...genes sy ni cepat sangat membesar. Makan kejap naik 1kg, tp bila diet sikit2..turun pula. Bukan senang tgh pregnant ni, bermacam dugaan kita kena terima. Masalah sikit kena refer docter, kena masuk makmal, ambik darah. But nerermind, sy x kisah langsung, x mengeluh sikit pun. Besar pahala tau kalau time2 sarat mcm ni, kita sebagai ibu hamil banyak bersabar. Hah ingat tu kawan-kawan. Hihi

Isnin lalu, sy kena ambik mogtt (test glucose) I really didn't know what specific name of mogtt. Anyone here knows? Ok mogtt ni kena ambik sebab berat sy dah terlebih lebih. Ok i have to keep my actual weight here, paling memalukan dan sensitif. Kah kah kah. Walhal sy dah berusaha keras untuk maintain berat tp failed. Sedih! Tp logik kah kena maintain berat sepanjang 3 minggu? Logik? Oh i don't think so! Apa2 pun jawapannya, mogtt @ glucose test lah jawabnya. Fyi, glucose ni WAJIB diambil untuk ibu hamil yg berumur 25tahun ke atas, no excuse. Yg bawah 25thn kononlah bertuah tapi tapi tapi depends on berat badan. Klu mendadak naik, konfem disuruh minum. Rasanya dah berpuluh artikel sy baca psl glucose ni. Ada yg ckp lepas muntah2, ada yg xtahan lepas tu berenti..lepas berenti kena start dari awal, sebabnya x boleh berenti dlm masa 5mins. Dan, masa sy minum isnin lepas, Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya ok! Seriously Ok! Petua rahsia ialah, sebelum dipanggil nurse, kena tenangkan diri, fikiran x boleh melayang2, sebelum minum tu jgn main redah jak, selawat ke atas nabi, baca AlFatihah sekurang2nya sekali, mohon dipernudahkan. So bila sy start minum selepas amalkan petua rahsia tu, mmg x rasa apa2 manis air tu. Rasa air tu mcm sirap merah yg terlebih 5sudu gula. Hehe! Keluar dr makmal, husband sengih2. Hairan beliau kejap ja. Eh? Hah tu la petua rahsia paling mujarab di dunia. SubhanAllah.


Then, nurse ckp...boleh balik tp kena dtg balik selepas 2jam. So sy bw hasben balik rumah mentua. Dekat ja x sampai 5min sampai. MIL suruh rehat, jd sy ni apa lagi...bantai tidur haha. Mmg akan rasa lemah lemas lepas minum air gula apalagi diambik darah kan. Selepas 2 jam, ambik result. Result sgt memberansangkan. Dpt 6.8...Klu x normal dibawah 4-5 mcm tu. Selepas 30min tggu doc, dah boleh pulang. Fuh legaaaaaaa!

Ok lepas ni kena kawal lg pemakanan, kalau tidak..glucose lagi! Doakan sy ok ok saja k? Lets counting until 14th Ogos, heyy x sabar. Ok guys, baby Aliff dah majokkkk tendang2 mommy ya. Sorry son. Sama2 tunggu daddy sampai, minta tlg ddy buatkan hot milk k? Mlm ni minum susu and bread ja k? We both love you bah.

Bye2!

Friday, May 24, 2013

Welcoming baby 7 months already

Assalamualaikum!

It's 4 months I never posted anything and I was like huhuhu pity me. Rasanya baru hari ini ada kesempatan untuk menaip sendiri sendiri. And I excited giler to tell how was my baby bump right now. Its huge! Rasa macam sekejap jak membesar. Sejak 3-4 minggu sebelum, sy dah start rasa tendangan baby. Perasaan tu jgn cakaplah. Happy + nikmat + bersyukur semua dah campur 1 perasaan. Laki ikut excited bila pegang perut. Oh cute! Jadual baby menendang pun sampai sy hafal. Biasa dalam jam 10:30 pm @ 1-3 am memang baby start bergerak. Rasanya kalau dah delivery baby akan aktif dalam masa2 mcm tu ka ya? Huhu risau lah mommy ni sayang!


Good news for me and bloggers too, so far dah 3x scan dekat HQ Permai Poliklinik untuk gender memang ketiga2 result is BABY BOY! Tp, kalau bukan baby boi pun we both tidak kisah. Sbb x merancang pun baby apa yg mau. Sbb baju2 baby pun semua yg mix. Cuma nama tu ja dah set, kalau lelaki Khaliffie Omar dan kalau perempuan Khalisah Umairah. Wah comelnya nama! Hihi.

Haritu sy review seminggu lepas, ingat kena suruh minum glucose, rupanya tidak. Berat tetap maintain since awal bulan tu. Nurse cakap kena maintain lagi 3 minggu. Ah giler! Giler! Mau makan apa 3 minggu ni? Lunch x sah la kalau x dapat makan nasi.Gastrik naik. Sedihnya life! Tapi!! sy dah ready pun kalau kena minum glucose tu sbb alaa rilek ah rilek ah. Haha makaaaa.... %^&$#@!

Ok lah, tu ja la. Next month dah masuk 7 bulan. Review at 7th June, yeah dah start kira kicking baby. Yeah! Ok guys, be right back! Bubye!!


Thursday, February 21, 2013

Hi mommy!

Assalamualaikum..

Hai! *sambil sapu sesawang yang berhamburan*

Kali ini saya akan update news feed yang agak lama aku perap. Dan memandangkan laptop aku sudah ku export ke arah my mom untuk dia belajar serba serbi dunia laptop. Hihi. Mengharapkan telefon aku yg screen ala kadar memang tidak puas la aku berkongsi cerita.

So, my baby bump dah 3 months, tidak lama lagi masuk 4 bulan. Rasanya. Latest scan two days later tidak sempat tanya umur baby, asyik kecomelan dgn thumbs baby di mulut. aww comel. Ok gambar itu akan update next entry k?

Lately, selera makan naik so tidak hairan lah berat badan pun naik dgn mendadak. 3 weeks later, berat badan agak menurun dan kejap kejap maintain. Ya, normal. Sebabnya, makan yg tidak lalu, dinner selalu skip, lunch pula menu asyik sejemput ja. Cian baby..

Sekarang tidak payah disuruh2 makan lagi, memang tangan dan mulut akan berkunyanyang gitu. Sebelum dinner, husb akan take away apa2 yg perlu dimakan, itu kalau masih dlm pjalanan balik bila aku mula ckp "huhu lapar". Sebab kalau dah start masuk angin memang aku akan pening/mual dan lepas tu muntah muntah. Teruk rasanya.

InsyaAllah lepas ni tahap morning sickness akan berakhir lah. Mmg tidak sabar tunggu baby membesar apatah lagi tunggu kick power dari dalam perut. Comel gitu. Dpt tgk dr gambar scan ja la tersengih sengih sendiri sambil cium ratus kali. Haha. Oya, sehari lepas masa jabatan aku buat perhimpunan bulanan mcm biasa, benda yg jd fobia dkt aku skrg ialah pengsan dan pitam. Ya Allah masa tu, hanya aku ja tau camana pahitnya rasa. Berdiri setengah jam dgn panas terik membahang, tiba tiba nampak sekeliling semuanya hitam, kepala jd pusing. Masa tu mmg aku ckp dlm hati  "kiko! lawan! kiko jgn pengsan" Ok 5 minit kemudian badan tidak stabil tiba tiba ja aku rasa rebah ke belakang dan cuma dgr kawan blkg ckp "wei kau ok kah ni?" Tiba tiba dipapah dan duduk dlm ofis. Nampak husb dan 2 org ofcmate tanya "kau ok?" Sempat aku jwb, "hehe camana aku td?" Husb cpt2 bagi aku air, suruh minum dan berehat. Sejam selepas tu, husb suruh mc, mau bawa jumpa doc. Lps jumpa doc, doc ckp "ibu hamil mmg tidak boleh berdiri lama sgt sbb kurang oksigen dan darah can't return sampai otak, lepas ni elak lah perhimpunan berdiri lama lama ok?"

Sampai rumah, rehat fullblast. Sihat dan recover sepenuhnya! Yeah. Dgn adanya full support dari husb, family, kawan kawan buat aku rasa happy. Caring yg tidak henti henti. Best rupanya mom preggy ni. ahaks!

Ok rasanya aku kena stop membebel skrg ni, dan sabtu nanti ingat mau masak masak nasi lemak. Tiba tiba rajin la pula aku ni. Hrp2 angan2 ku tidak musnah haha. Bukan senang tau, sbb tadi sempat tanya kakak ofc, memang payah! Ok doakan nasi lemak aku berjaya, kalau x update apa apa maksudnya aku malas mau prepare sbb bahan bahan ni seriusly banyak! ok deh babai!

Assalammualaikum!

Friday, December 28, 2012

My short written

Assalamualaikum...

Akhirnya terbuka juga hati saya untuk menaip semula...ok setelah sekian lama memendam perasaan untuk menaip biarpun banyak cerita yang mau dikongsikan. Yaaa, banyak sangat!

Ok firstly, pasal majlis kahwin saya yg sudah berlalu sebulan agaknya, iaitu pada 23 - 24 November. Alhamdulillah, majlis saya berjalan dengan lancar biarpun ada cacat cela yg sedikit. *hembus lega* Dan, yang pastinya berumahtangga diusia muda tersangatlah best! Even, ramai yg bla bla bla never stop complaining, tp aku NYAH kan semuanya sebab Allah dah tetapkan jodoh saya. Tepuk dada, tanya selera. Masa mula mula perkenankan niat saya ke mami untuk langkahkan kaki untuk berumahtangga di usia muda rasa konfiden ja, rasa mau seronok ja, yala siapa x mau kahwin kan! BF dah ajak kahwin masa tu. Masa tu, saya belum terfikir panjang lagi kehidupan selepas kahwin, ok atau tidak, hal kewangan macamana, belum masuk isu zuriat lagi, sambung belajar lagi, beli rumah, bla bla bla..oh my god, masa tu langsung tidak terfikir tapi tapi tapi...don't worry! kita bukan kahwin dengan diri sendiri tp dengan bakal suami, hah tang benda tu biar suami yang fikir. Ok, stop berfikir. So, selama tempoh 6 bulan bertunang, banyak benda yang saya prepare awal2 contohnya pre-wedding, doorgift, kursus kahwin, servay kad kahwin, servay baju kahwin. Dan, yang paling last minit prepare ialah borang kahwin. Hah ini yang paling penting dari segala2nya. Kalau tiada borang kahwin, maka gigit jarilah dua2 pengantin di depan wali. Berebut masa mengurus time tu, balik2 skip masa kerja. Untunglah bos masa tu sporting.

*********Wedding Day**********

2 hari sebelum nikah, saya dah start bercuti. Hairan ofcmate biasanya 1 minggu awal bercuti, marah2 pula tu suruh cuti. eh lawak. Yala masa tu 'darah manis' org cakap. Sepanjang 2 hari sebelum nikah sempat bermasam perasaan dgn tunang. Sbb banyak benda fikir, benda kecil dibesarkan2. Banyak benda belum settle, bila ingat balik rasa mau ketawa sampai muntah. Sensitif habis. Nasiblah tunang masa tu tersangat memahami. Herherher - Selepas majlis nikah/malam inai/sanding - Ya Allah, saya bersyukur ke hadrat Mu kerana majlis kami berlangsug dgn meriah sekali. Bahagia tidak terhingga. Terima kasih buat keluarga terdekat dan yang jauh datang ke majlis kami tidak seberapa. Juga kepada kawan sekolah hey best giler weh! Thanks a lot xoxo! *sambil buat muka comel*










************Honeymoon***********

Hah part honeymoon pula. 1 family buat holiday trip & short honeymoon area Bukit Bintang. Masa tu penat berjalan. Plan bawa husband pegi Genting Highland, tp mimik muka dia mcm takmo sbb susah cari transport. So, keinginan ke sana biarlah saya pendamkan manatau satu hari nanti husband pula teringin mau pergi kan. Selama 3 malam di sana perasaan holiday tu mcm ntahpapa, paling best pun pergi Kenangan sbb bole borong baju comel ala ala korean gitew. Thank to hubby sbb bagi belanja sakan utk wife mu ini. XOXO!


**********3 Weeks After Married*********

Masa mula mula bertunang dulu, pernah bagitau husband pasal perancangan baby. Husband cakap Yes, manatau belum puas enjoy lagi hidup berdua. Kami kenal tidak sampai 3 bulan dah plan kahwin. hohoho... Anggap setahun lah perhubungan kami sebelum kahwin. Bila masuk 1-2 bulan sebelum majlis berlangsung, bermacam cerita yang keluar pasal isu yang belum dikurniakan zuriat. Sebelum tu, 'saya memohon maaf sekiranya ada yang terasa hati, tidak terniat langsung.' Ramai yg cakap, sesetengah pasangan belum bersedia untuk menerima zuriat di awal perkahwinan, mungkin disebabkan kekangan kewangan, ruang rumah yang sempit atau paling terkena di hati ialah bila ada org ckp 'sebab mau jaga bentuk tubuh badan terutamanya perempuan'. Dan, selepas kahwin, husband tiba tiba bersuara, "Kita ada baby awal boleh ba kan? Kita cuba" Oh masa tu eh, terkejutnya bila dia cakap macam tu. Rasa bersyukur sgt2 yala kot kot takut Allah dah mau bagi rezeki awal tp kita pula tolak, murka Allah tidak terkata sampai hujung nyawa tapun lah mau anak kan? Nauuzubillah..

Tidak sampai 2 minggu perkahwinan, badan kerap lemah. Sakit bahagian perut rasa macam senggugut, tp lama pula masuk seminggu. Last period pula 3hb November masa tu, next period belum masuk lagi. Tp no wonder sbb hormon masa tu tersangat unstabil. Kdg2 sebulan tidak period, kdg2 lambat 2 minggu. Kesiannya saya. 

10 Dec/10 Am - Plan beli UPT di Guardian dan bergegas ke klinik. Masa tu berlakon mau jumpa doc tp nasib masa tu doc tgh rest so ambik kesempatan pinjam tandas. Sbb tandas klinik kan bersih 5 star gitew. Bila cek for first time, ala sedih...1 line pula tp 1 line lg tu x clear. Tp sempat jumpa nurse, nurse cakap negative. Huhuhuhu..Then, buka cit 1 sbb poliklinik permai panel UMS, so ambik 2 UPT. harharhar.. nurse cakap tunggu 7 hari lagi cek lah lagi.

14 Dec/7 Am - Hah tgk gelojohnya kan! tidak sampai 7 hari dah cek balik. Masa ni cek dah 2 line merah tp 1 line lg tu still kabur. huhuhu, tp husband ckp "eh adalah ni, yeh positive" Tp muka saya masa tu muyuk macam jak. Eh tak adil ni, kena cek lg ni, tp kali ni mau cek di klinik terus.

1.30 Pm- Ptg tu mau cek sbb YaAllah rasa sakit perut tu adui Allah ja tau rasanya macamana tp it's ok setiap sakit yg ibu hamil rasa, dpt pahalanya! Positive itu harus! Tp bila lama menunggu turn mcm malas pula mau jumpa doc sbb husband masa tu busy sikit. Kesian pula kan?

19 Dec/2.00 Pm - Kali ni hati dah tetap kuat. Period dah x mai lagi, dah 3 weeks tunggu. Tp, masa ni beli yg lagi proaktif, haha! Beli UPT yg digital terus. Biar puaskan hati masa ni. Tuptaptuptap cek balik dan berlakon balik di klinik yang sama, bila keluar tiba tiba blinking "not pregnant" eh main main pula. Tp masa tu blur juga. Tunggu lagi dalam 1 minit camtu. Tiba tiab POP!!!! 3W+ = 3 Weeks! Pastu konfiden jumpa doc, then doc kira masa tu dalam 5-6 weeks dan saya masih confuse lg kiraan cycle period kalau kiraan bg doc lah. Ya masih confuse. Kenapa perlu awalkan 2 minggu sbb dorang kira bila first day of last period sbb dorang xakan tanya bila nikah? bila kawin..tidak sama sekali. herher

So kalau diikutkan hari ini (28 Disember) genap 8 minggu bagi kiraan doktor. Tp bila org tanya saya akan jawab masuk 4 minggu mengikut UPT Digital tu. Itu rasanya yg mmg kandungan dlm peyot saya ni. *senyum comel lg* So, my first review pada 3 Jan 2013, and I can't wait to see my bump yg makin beso dan kuat makan*sometimes! So, doakan yg baik2 untuk saya dan baby. Semoga dipermudahkan semuanya. Dan, terimakasih tidak terhingga buat husband yg tidak penat penat melayan karenah bini mu ni yg tersangat cerewet hendaknya. Thank you & Sorry juga sbb tiap2 pagi buat nescafe sendiri sbb awal pagi alah sgt bauan nescafe. Tsk! Thank u jgk sbb awal2 pg selalu buat muka lutchu make me laugh every day kdg2 make me annoy lah. Thank u jgk sbb jaga makan minum, nafkah zahir tiap2 bulan, dan segala2nya! 

Ini saja buat kali ini, harap2 ada mood lg menaip utk di lain masa. Bye!



Yang ini semua UPT yg bersungguh2 saya buat. Ah sangat gambatee gitew! Akhirnya kan? syukran Ya Allah!

Assalamualaikum. With love, Kiko.


Sunday, October 28, 2012

Potraiture "with soul"

Assalamualaikum. I'm back!

So, entri pada kali ini, apa kata kita cerita pasal gambar. Dan, job aku setakat ini sangat membuahkan hasil, lebih2 lagi bila aku dan tunang dah bergabung tenaga. Penat, peluh, gembira, enjoy semua share bersama. Bertuah dapat tunang yg wow so sporting, tanpa berkira dengan aku pun. Malah paling bersemangat!
Bravo to my him. 

Dua minggu lepas, aku dan tunang belajar soft tone dan bokeh. Permainan titik merah menjadi main subject. Applause to him, he's done well. Great shoot! So, mari kita tgk sama2 hasil kerja tunang saya yg paling disayangi...gitew..ahaks!






Rasa mcm mau nangis giler nampak bokeh! We had fun and enjoy!

Ok.. and will update later...BRB!

Salammmm...

Monday, October 8, 2012

Potrait

Roslianah Ahmadi
Potrait Photoshoot
Nexus, Karambunai
06 Okt 2012









Saturday, October 6, 2012

What happen today and Oktober!

Assalamualaikum!

Sedang isteri-hat di dalam bilik bersama laptop dan recall what happen today. Rasa mcm mau ambik-pisau-tikam-mulut-kaki-dan perasaan banyak kali sambil dengar lagu Butterfingers, merdeka juga sekejap.

Kalau diikutkan hati, mau aku kopek kopek semua isi isi dalam badan aku bagi ayam makan. Sebab marah dengan diri sendiri, isi badan jadi mangsa kan. Tp serius...kecewa, sedih, dan macam macam bercampur sekaligus.

Aku kecewa dgn hidup aku yg cuai. Kejadian kali ni pula sama dgn mcm haritu, even tunang pesan berulang kali tp hal yg sama juga terjadi. Kalau bukan wallet, henfon. Dulu sebelum keluar rumah, ditanya soalan bagus2 "wallet ada sudah ba kan?" "Iya ada sudah dalam bag". Bila sampai KK, aku buka hbag, terpaksa aku selongkar dan wallet dia tiada. Dan, aku relakan diri balik Papar semula semata mata ambik wallet disebabkan kecuaian aku. Dan sekarang, hari ini masuk kali kedua henfon aku jatuh di bawah seat dalam wayang hall. Haritu tunang panik seribu panik berlari 3rd floor sbb mau cari henfon aku ja. Dan tadi, perkara sama berlaku, tunang panik lagi. Tp aku panikkan lagi dgn "pekena pms" yg aku paling anti dalam hidup aku.
Ya Allah, macamanalah mau kontrol keadaan aku yg mcm ni kan? Serba tidak kena.
Bukan kejadian henfon ja, ipad juga aku tertinggal di ofis. Bila singgah ofc tadi, tp ofc berkunci, aku pula mmg tiada pgg kunci. Isk kejamnya lah hari ni kan?

Dan, aku bersyukur sbb ada tunang yg sgt2 memahami dalam apa juga keadaan aku. Lantaklah apa org luar mau ckp apa2 kan, in the end, aku yg akan kahwin dgn dia. Ada 1 bulan 17 hari lagi majlis kami. Berdebar, takut, sedih, happy semua ada. Tp ada dia, family, kawan2, dan Allah yg selalu buat aku rasa mcm calm.

Ohya, lepas majlis aku bulan Nov nanti, kakak aku konvo di UiTM Shah Alam so 1 family dtg KL untuk meraikannya. So, this is our first honeymoon mcm gitulah (ceh mcm ada 2nd, 3rd honeymoon pula, Ameen kan ja hehe) Anyway, doakan segala kebahagiaan saya dan bakal suami. Sy akan menghargai dan InshaAllah, Allah pasti membalasnya juga.

Thank you my Fiance sbb belanja tgk Flopper and Sorry for today. You make my day!

ILY!