My 2nd Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Sunday, July 13, 2014

Berbuka puasa di Le Meridien, Kk

Assalamualaikum!

Kelmarin saya dan 1 keluarga berbuka puasa di Le Meridien Hotel. Ini kali ke-dua mencuba buffet di sana. Pertama kali pada tahun 2009 kalau tidak silap, ada farewell party our officer.

Memang berbaloi juga makan di sana. pilihan yg teramat banyak dan space yg luas. Kebiasaannya tiap tahun, memang 1 family akan makan mana2 hotel utk berbuka selain di Gayang Seafood. Last year Hotel Novotel, pilihan tidak terlawan la dgn Le Meridien. Serius! Alhamdulillah tahun ini berpuasa dgn 2 org kesayangan saya ini. Auccchhh so sweeeettt gitewwww!







Selesai makan, dah balik dan rehat puas2 sebab tadi ada kelas tp taklarat nak bangun sebab badan sakit sangat. Tp kelas Maths pula saya dtg hehe sebabnya mesti kena attend sbb penting sangat2! Dan, 19hb ini ada test chapter Sequence & Simple Interest. Oh my my! Kena study hard alamatnya! Hiksss! Apa2pun semuga dpt jawab ye! 

Emm lately Ayeep batuk2 dan selsema, dah masuk 2 minggu. Bermacam2 alternatif dah buat utk Ayeep tetap keadaan begitu. Tp, sy dan suami tetap juga cuba utk sembuhkan Ayeep, hrp2 dalam beberapa hari ini tdk hantar ke taska, Ayeep akan sihat. Semoga cpt sembuh nak, Love you!

Ok, bubye!

Wednesday, July 9, 2014

Wahai Blog Ku~

Assalamualaikum.

Agak sekian lama menghilangkan diri dari sini. Tersangat sangat busy. Sejak pindah bangunan Arkitek, dan sejak mendapat boss baru hehehe, busy ku melampaui batas. Waktu rehat tetap bekerja. Ommo!! Lebih lebih lagi, balik rumah lantas landing ke atas tilam. Terpaksa menahan sindiran maut dari suami hahahahaha. Terima kasih kerana sangat2 memahami ya laki ku.

Tiada apa yg aku mau stori melainkan kisah anakku dan kehidupan yg penuh liku2 kebahagiaan, aisesese!! Ayeep ku sudah mencapai 10 bulan 3 minggu, lagi seminggu 11 bulan. Allah, ankku membesar dgn cepat sekali. Wuwuw sedih dalam gembira :'( Ayeep sudah 3 hari demam, mudahan demam mau berjalan la kan? Siapa tahu? Hehehe! Gigi Ayeep sudah 7 mau masuk 8 gigi. Sudah pandai berdiri lepas tangan dan 2,3 langkah tapi kejap kejap. Kekadang suka sorok perkembangan, hmmm Ayeep ni bah. Hmm hmm!


*2nd Semester sudah bermula. Kali ini, agak takbest sebabnya ramai kawan yg seBatch itu ada yg tidak continue, dan kawan rapat pun ambil subjek sikit sebabnya tengah sarat tunggu hari. So, tinggallah daku sendirian berhad ambil subjek lain tanpa kawannnnnnnnnku. Tp it's ok, ambik lagi kawan baru. New experience teach us better. Hihi! Next week pula, 1st kelas sebab last class haritu tunda, melainkan kelas maths still on. Wuaaa kena study lebih ni, aku dah lupa sangat bab2 Maths ni. Syukur ai minat, kalau tidak, mmg hangkang hahaha!! Semoga dipermudahkan la ya! Doa kan :)

Hari ini dah masuk hari ke-11 berpuasa. Syukur masih full. Hrp2 ia full la kan? Tahun lepas taksempat nak full puasa even tgh pregnant Ayeep. Sebab taklarat sangat2. Hari ke4 masa tu muntah2 teruk. Alhamdulillah Ramadhan tahun ini masih diberi peluang. Syukur syukur. Raya tahun ini pula, sangat2 gembira tidak terkata sebab rezeki suami keluar 10 hari terakhir Ramadhan. Nampak gaya raya pertama baru kita dapat bersua, (InsyaAllah sekiranya jodoh kita bertemu di pagi Raya ya sayang). Namun, sy tetap bekerja mcm biasa dan kena hidup berdikari tanpa bantuan suami selama 10 hari. Agak lama juga tu, kot2 laki dihantar ke pedalaman kan? Manalah tau dekat2 Tongod Sandakan, mcm berita menyedihkan baru2 ini laporan jemaah dakwah keluar 40 hari tiba di Tongod, Allah pertemukan bekas masjid kampung tu yg sudah 20 tahun menyepi, subhanAllah. Besar sungguh dugaanMu. Semoga ianya menjadi iktibar buat diri kita semua, istoqamah dan muhasabah semula apa yg kurang pada diri. InsyaAllah. Aku pun sudah agak lama tidak ke bayan masturat, insyAllah nak pegi minggu ini tp ada kelas pula. Tp niat mmg mau pegi sangat2.

Gambar di atas adalah minggu2 terakhir Ramadhan, dan sedang menunggu hari, sempat lagi berbuka di Novotel, nah tahun ni pula plan mau berbuka di Le Meridien dgn 1 family besar. Yehu taksabar mau makan besar besar! Ya Allah sungguhhhh sunggggguhhhh kau kiko. Terus la kono rindu peyut itu! Aww ;'(

Ada lagi yg aku tertinggal stori? Ohya, baju raya tahun ini ada 3 pasang, semuanya buat sendiri tiada readymade sebabnya tiada minat ku ya. Haritu ke Muis, gila best sebab banyak pilihan jubah. Ada yg 50%, aku rembat 1 tp jenis lycra. Aku terlupa!!!! Aku perasan sangat badan ku kecik, ternyata iannya sendat dibadan, dan sekarang hatiku 50-50, mau pakai atau sedekah dengan org lain HAHAH! Ayat sungguh. Dah lah suami belanja, ada hati lagi beli 1 lain. Kui3! Tp, mau cari juga yg jenis jubah chiffon sebab kain yg jenis tidak melekat dan sesuai sgt dgn icon muslimah. Kan? 

So Ok, kali ini shja update ku ya. Moga berjumpa lagi di lain entri. Kaki ku dah kebas! Selamat berpuasa ya!

Assalamualaikkkkkummmm!!